KUALA LUMPUR:Bagi membantu golongan memerlukan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melancarkan program Dapur It'am 3.0 pada Isnin.
Program berkonsepkan soup kitchen yang berpusat di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan itu adalah kesinambungan inisiatif yang dimulakan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang Ramadan tahun lepas.
Dapur It’am 3.0 akan menyediakan edaran pek makanan bermasak secara percuma kepada golongan sasaran yang memerlukan pada setiap hari bermula 15 Februari hingga 15 April ini.
“Sebanyak 300 pek makanan bermasak sehari akan disediakan oleh 56 buah masjid dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta diedarkan pada waktu tengah hari melalui wakil penduduk atau khidmat penghantar makanan.
“Seramai 134,400 orang dijangka menerima manfaat daripada inisiatif tersebut.
“Ia terdiri daripada petugas barisan hadapan, petugas kebersihan, pemandu e-hailing, asnaf dan golongan B40, rakan kejiranan bukan Muslim serta lain-lain golongan yang terkesan dan memerlukan di sekitar Wilayah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pelancaran Dapur It’am 3.0 disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Program itu dijayakan melalui sumbangan peruntukan berjumlah RM 1,344,000 daripada MAIWP adalah tanda keprihatinan terhadap golongan yang terkesan dan memerlukan.
“Dapur It’am 3.0 menyasarkan sifar lapar atau setiap keluarga mempunyai makanan di atas meja setiap hari di dalam mendepani tempoh getir pandemik COVID-19 yang melanda negara,” ujarnya.
Astro Awani
Mon Feb 15 2021

Pelancaran Dapur Itam 3.0 disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. - Gambar JAWI, MAIWP

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Dapur It'am 3.0 dilancar, sasar sifar lapar di Wilayah Persekutuan
Dapur It'am 3.0 akan menyediakan edaran bungkusan makanan bermasak secara percuma kepada golongan sasaran yang memerlukan pada setiap hari.