Lebih 3,400 pek makanan sahur dan berbuka puasa untuk petugas barisan hadapan COVID-19 disediakan di 11 lokasi di Perak sepanjang bulan Ramadan ini.
Sumbangan disediakan anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) di bawah program tanggungjawab sosial korporat yang dikenali sebagai Dapur SADC.
Penasihat Kepada Menteri Besar Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata pek-pek makanan itu disediakan 10 syarikat pembekal yang dihantar terus ke lokasi yang telah ditentukan.
Menurutnya, sebanyak 300 pek disediakan di daerah Hilir Perak dan Manjung, manakala 400 pek lagi untuk Hospital Raja Permaisuri Bainun dan pasukan polis di Ipoh.
“Selain itu untuk kawasan-kawasan Ahli Lembaga Pengarah melibatkan Tambun, Kuala Kurau, Sungai Manik, Tanjung Tualang, Parit, Ipoh semuanya 300 pek sehari.
"Maknanya kita ada 11 lokasi yang telah diputuskan oleh SADC,” katanya.
Beliau ditemui ketika menyampaikan pek makanan untuk bersahur kepada anggota polis di sekatan jalan raya di Ipoh pada pagi Jumaat.
Hadir sama Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dan Ketua Pegawai Eksekutif SADC, Yahanis Yahya.
Melalui program Dapur SADC, pembekal menyediakan pek makanan bernilai RM7.50 kepada petugas barisan hadapan di samping sumbangan untuk golongan asnaf.
Dalam pada itu, Razarudin berkata walaupun telah bertugas sejak lebih sebulan lalu, komitmen anggota polis di barisan hadapan kekal tinggi.
Menurutnya, bertugas di bulan puasa bukanlah halangan untuk mereka terus memberi khidmat terbaik menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Katanya, tugasan anggota polis ketika PKP masih sepanjang masa, namun dipinda sedikit bersesuaian dengan bulan Ramadan dan keadaan semasa cuaca.
“Masa tugas masih sama, cuma kita membuat perubahan sedikit. Misalnya jika sebelum ini mereka tamat kerja pukul 4 petang, tetapi selepas ini mereka akan tamat pukul 1 tengah hari.
“Ini memandangkan keadaan pada siangnya panas dan petangnya hujan ataupun ribut. Jadi daripada situ kita telahpun meminta OCPD memikirkan semula apa yang baik bagi kebajikan anggota dia bertugas di sekatan jalan raya,” ujarnya.
Seramai 1,750 anggota polis di Perak bertugas di sekatan jalan raya selama 24 jam di 96 lokasi seluruh negeri di samping 1,200 lagi anggota unit kenderaan yang melakukan pemeriksaan mengejut.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Apr 23 2020

Lebih 3,400 pek makanan disumbangkan kepada petugas barisan hadapan. -Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tradisi berbuka puasa ala era 70-an gamit nostalgia makan setalam
Kira-kira 80 penduduk bekerjasama memasak juadah tradisional dan kuih-muih yang disediakan sejak awal pagi.

Orang ramai ambil peluang berbuka di Iftar@KL sebelum pulang ke kampung
Iftar@KL kali ke-12 tahun ini berlangsung selama enam hari dan hari ini merupakan hari terakhir penganjurannya.

Sultan Selangor, Anwar berbuka puasa bersama rakyat
Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Beli air keladi ‘percuma’ bangkai cicak
Dia terkejut apabila mendapati haiwan spesies reptilia itu berada dalam plastik minuman berkenaan yang pada awalnya disangkakan cincau.

Cipta kelainan berbuka puasa di sawah padi
Penanam padi di Hulu Besut mencipta kelainan dengan menjadikan kawasan sawah padi sebagai lokasi untuk majlis berbuka puasa sambil menikmati keindahan pemandangan tanaman padi pada waktu senja.

PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.

Santai berbuka puasa tepi Sungai Pahang
Lokasi berkenaan yang berhampiran Bazar Ramadan Lurah Semantan memberikan kemudahan untuk pengunjung mendapatkan menu kegemaran.

Program iftar tarik 300 peserta bukan Muslim
Berada lebih setahun di Malaysia mengajar Olivia lebih mendalam mengenai masyarakat pelbagai kaum dan perbezaan budaya.

Berbuka puasa atas bot nikmati keindahan Drawbridge
Berbuka puasa di atas bot sambil menikmati pemandangan berhampiran Jambatan Angkat (Drawbridge) menjadi tarikan baharu kepada orang ramai apabila mengunjungi Terengganu ketika bulan Ramadan.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Masjid Bandar Universiti
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Masjid Bandar Universiti di sini, yang juga dikenali sebagai Masjid Hijau.