PEKAN: "Lebih lapan tahun saya, isteri dan anak bersabar mendiami sebuah pondok kayu kecil yang dibina sendiri di belakang rumah orang tua, kini semuanya berakhir apabila berjaya memiliki kediaman sendiri."
Demikian kata penerima Rumah Rakyat Pahang (RRP), Mohd Sabree Mustafar yang melahirkan rasa syukur apabila menerima sebuah rumah baharu secara percuma yang diberikan Kerajaan Negeri Pahang di Kampung Temai Hilir di sini.
"Saya bekerja sendiri di kebun-kebun sawit sekitar kampung. Pendapatan bulanan juga tidak menentu dan agak mustahil untuk saya beli kediaman sendiri.
“Apabila dimaklumkan saya menerima RRP rasa bertuah sungguh jadi rakyat Pahang, saya tak sangka rezeki macam ini.
"Terima kasih Menteri Besar Pahang kerana membantu golongan yang benar-benar memerlukan,” katanya.
Mohd Sabree ditemui selepas menerima kunci rumah RRP yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff di Kampung Temai Hilir di sini semalam.
Beliau berkata, doanya selama ini untuk memiliki sebuah rumah sendiri yang lebih selesa demi keluarganya juga telah dimakbulkan Allah.
“Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak ada menyumbang perabot baharu manakala Jabatan Pertanian turut memberikan anak pokok untuk ditanam sekitar rumah,” katanya.
Sementara itu, Mohammad Fakhruddin berkata, RRP adalah idea Menteri Besar Pahang sendiri untuk membantu rakyat susah yang tidak mampu memiliki rumah sendiri.
“Bagi tahun 2022 ini, Menteri Besar meluluskan enam buah RRP untuk dibina di setiap Dewan Undangan Negeri di Pahang," katanya.
Norfarhiza Mohd Atar
Sat Aug 13 2022

Mohammad Fakhruddin menyampaikan replika kunci Rumah Rakyat Pahang kepada Mohd Sabree di Kampung Temai Hilir, Pekan, semalam. - Foto Astro AWANI

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.

Rumah Rakyat Pahang diperluas ke tanah rancangan Felda
Pelaksanaan itu bertujuan membantu golongan memerlukan dalam kalangan generasi kedua Felda memiliki rumah sendiri.