KUALA LUMPUR: Konsep Al-Wasatiyyah atau kesederhanaan yang didukung Universiti Al-Azhar, terbukti berjaya mendepani cabaran pemikiran ekstremisme dan keganasan yang boleh meruntuhkan negara serta merugikan umat Islam.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, konsep itu selari dengan konsep Keluarga Malaysia, yang bersifat inklusif dan merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.
Tambahnya lagi, pengaruh universiti ulung itu dalam sejarah peradaban manusia, turut memberi kesan kepada pembentukan institusi keilmuwan pada hari ini.
“Berdirinya institusi keilmuan Islam di dunia khususnya di Malaysia, hakikatnya adalah kerana menggunakan kurikulum pendidikan yang diasaskan oleh Manhaj Universiti Al-Azhar terdahulu yang ke hadapan dalam arena pendidikan atau Tarbiyyah Islamiah.
“Semuanya menggunakan Manhaj Al-Azhar yang terbukti dapat menjaga akidah Ahli Sunah Wal Jamaah daripada beberapa fahaman seperti Khawarij, Muktazilah, Syiah, Salafi, Zahiriyyah, Batiniyyah, Takfiriyyah, Liberalisme, Pluralisme dan beberapa fahaman yang muncul pasca modenisme kini.
“Aliran-aliran berkenaan itu adalah dihadapi dengan ilmu, mantiq dan kaedah ilmiah yang mantap dengan satu gagasan “menghadapi fikiran dengan fikiran”. Al-Azhar menolak sama sekali aliran kafir mengkafir yang dianggap menjadi punca pecah belah sesama Islam, yang sekali gus menyekat pembangunan ummah,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian melalui perutusan dalam talian yang disiarkan sempena sambutan Hari Sedunia Al-Azhar, Asy-Syarif, serta ulang tahun Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia) ke-10, yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini pada Khamis.
Majlis diserikan dengan kehadiran Presiden WOAG Malaysia Prof Datuk Mohd Fakhrudin Abdul Mukti; Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad; serta Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr.
Selain itu, perutusan dalam talian Syeikh Al-Azhar, al-Imam al-Akbar Prof Mohamed Ahmed Mohamed Al-Tayyeb turut disampaikan oleh Rektor Universiti Al-Azhar, Prof Mohamed Husin al-Mahrasawy.
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, kecemerlangan yang ada pada Al-Azhar, guru yang hebat keilmuannya, kurikulum pendidikan yang bersepadu dan Manhaj Wasatiyyah Al-Azhar, sewajarnya dimanfaatkan oleh umat Islam di Malaysia dalam membina generasi berilmu yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Beliau berkata, Al-Azhar sebuah institusi islam yang terulung dan tertua di dunia dengan barisan para ulamanya yang muktabar dan bertaraf dunia.
“Kealiman dan kesepaduan ilmu para ulama' Al-Azhar menjadikan para penuntut Al-Azhar berpeluang menadah dan mendalami ilmu-ilmu agama dengan penuh adab dan tertib. Kedudukan ini menarik kedatangan para penuntut ilmu dari seluruh pelusuk dunia, khususnya dari negara kita Malaysia untuk menimba ilmu di Rihab Universiti Al-Azhar yang tersohor ini.
“Kehadiran para pelajar Melayu ke Mesir khususnya di Al-Azhar telah direkodkan bahawa orang Melayu pertama yang pernah menuntut di Al-Azhar ialah Syeikh Wan Ahmad Bin Wan Muhammad Zain Al-Fathani (seorang ulama Melayu yang terkenal di nusantara dan Makkah) iaitu pada awal 1870-an,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata, di Malaysia para lepasan Al-Azhar seterusnya telah membentuk suatu jaringan dan hubungan yang berterusan antara Al-Azhar dan alumninya di mana mereka diamanahkan untuk membawa Risalah Al-Azhar “Ummatan Wasata” atau “Wasatiyyah” dalam melaksanakan tugas mulia selaku ulama sebagai “Warathatul Anbiya’.
Hubungan dan jaringan itu, kata Perdana Menteri, dapat memberi faedah kepada agenda dakwah Islamiah, pemerkasaaan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan sebagai jaringan strategik kepada Kerajaan Malaysia bagi kepentingan agama, negara dan ummah.
Firdaus Azil
Thu Apr 07 2022

Ismail Sabri berkata, pengaruh universiti ulung itu dalam sejarah peradaban manusia, turut memberi kesan kepada pembentukan institusi keilmuwan pada hari ini.

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.
Trump akan maklum mengenai perbincangan galian Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberikan maklumat terkini mengenai perjanjian galian Ukraine pada Selasa.
Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Inflasi global menekan ekonomi dan meningkatkan kos sara hidup rakyat Singapura. Perdana Menteri Lawrence Wong menegaskan cabaran ini melangkaui GST, didorong oleh ketidaktentuan global, sementara Bajet 2025 memperkenalkan langkah tambahan, termasuk Pakej SG60, untuk meringankan beban dan mempersiapkan negara menghadapi masa depan yang mencabar.

PM Anwar laksana program Ihya' Ramadan, santuni penjawat awam, rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan Program Ihya' Ramadan di pelbagai kementerian sepanjang bulan Ramadan ini.

Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia Sergei Shoigu di Perdana Putra hari ini.

Kebajikan rakyat perlu terus jadi keutamaan, diuruskan sebaiknya- PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat, terus menjadi keutamaan dan diuruskan dengan baik.

‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.

Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.

PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.

PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.

PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.