KUALA LUMPUR: Dasar Gaji Progresif yang akan dilaksanakan adalah bersifar sukarela, berteraskan insentif dan terkait dengan produktiviti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan model dasar ini diusulkan setelah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) mengambil kira pandangan dan kepentingan majikan serta pekerja.
Perdana Menteri menjelaskan, dasar ini merupakan pelengkap kepada Dasar Gaji Minimum, akan disusuli dengan garis panduan gaji progresif tahunan bagi setiap sektor, pekerjaan, dan peringkat.
Beliau memaklumkan, sesi libat urus dan tinjauan awal telah menunjukkan sebanyak 62 peratus pekerja dan 80 peratus syarikat menyambut baik cadangan Dasar Gaji Progresif dengan ciri-ciri yang dinyatakan.
"Langkah selanjutnya adalah sesi perbincangan dan libat urus dengan pihak berkepentingan, terutamanya para pemain industri, perniagaan dan pekerja.
"Perkara ini akan dibawa ke Jemaah Menteri bagi memperhalusi mekanisma pelaksanaan secara berperingkat dan meneroka keperluan untuk memperuntukkan dana sebagai insentif dasar ini yang akan ditentukan berdasarkan kedudukan kewangan Kerajaan dan keperluan dasar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Perdana Menteri, MTEN berpandangan bahawa Dasar Gaji Progresif merupakan salah satu reformasi pasaran pekerja untuk memastikan pekerja Malaysia tidak dibebankan dengan kos sara hidup dan dapat menikmati pekerjaan dengan gaji yang bermaruah, demi kesejahteraan rakyat dan mencapai agenda mengangkat ekonomi negara.
Astro Awani
Mon Aug 07 2023

MTEN telah berbincang mengenai cadangan Dasar Gaji Progresif sebagai satu anjakan ke arah memulihkan pasaran pekerja supaya gaji pekerja dapat ditingkatkan dengan lebih konsisten dan pengagihan gaji lebih seimbang. - Foto PMO
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Malaysia perlu manfaatkan potensi besar industri nadir bumi - PM Anwar
Malaysia perlu memanfaatkan sepenuhnya potensi besar industri nadir bumi (REE) terutamanya daripada sumber tempatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu sambung ECRL hingga Rantau Panjang telah dibincang dalam MTEN - Loke
Isu penyambungan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang telah dibincangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) baru-baru ini.

KSM sentiasa ambil perhatian aduan berkaitan penganiayaan pekerja domestik asing
Kementerian Sumber Manusia (KSM) sentiasa mengambil perhatian terhadap laporan aduan pengurusan berkaitan pekerja domestik asing.

Mesyuarat MTEN setuju tiga cadangan menoktahkan kemiskinan - Anwar
Semua agensi dan kementerian menyemak dan mengemas kini data untuk mengesahkan jumlah penerima isi rumah miskin tegar yang telah dibantu.

Perkembangan ringgit tidak jejaskan prospek pertumbuhan ekonomi negara - PM Anwar
Perkembangan ringgit dijangka tidak akan menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dasar Gaji Progresif bersifat sukarela, insentif dan terkait produktiviti - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan model dasar ini diusulkan setelah MTEN mengambil kira pandangan dan kepentingan majikan dan pekerja.

Dasar gaji progresif dibentang ke MTEN 7 Ogos
Dasar atau model gaji progresif akan dibentang kepada MTEN 7 Ogos ini bagi mendapatkan keputusan dasar sebelum ia boleh dilaksanakan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Rafizi berhak bersuara mengenai gaji progresif, kata Sivakumar
Kementerian Sumber Manusia bakal membentangkan isu berkaitan gaji progresif kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada Ogos.

Kerajaan percepat pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga
Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) bagi mengangkat Malaysia menjadi peneraju serantau dalam tenaga boleh baharu..
![[KOLUMNIS] MTEN perlu bincang kekusutan ringgit [KOLUMNIS] MTEN perlu bincang kekusutan ringgit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-05/51559091424_MohdYusof.jpg)
[KOLUMNIS] MTEN perlu bincang kekusutan ringgit
MTEN adalah majlis penasihat ekonomi tertinggi kepada Kerajaan yang meneraju perancangan, pelaksanaan dan pemantauan ekonomi negara secara menyeluruh.