BANDUNG: Dasar industri pertahanan dan keselamatan negara dijangka dilancarkan dalam tempoh satu atau dua bulan lagi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata pelancaran dasar itu akan memperkasakan industri pertahanan negara yang merupakan salah satu fokus utama Kementerian Pertahanan.
Ismail Sabri berkata demikian kepada media setelah melawat fasiliti pengeluaran produk ketenteraan dan komersil Indonesia milik PT Pindad, yang terlibat dalam industri pertahanan sejak 1983, di sini, hari ini. Lawatan itu merupakan aturcara terakhir lawatan rasmi tiga hari beliau ke Indonesia.
"Jadi bertepatanlah lawatan ini untuk kita lihat daripada segi kerjasama dengan pihak Indonesia," katanya dan menambah kata objektif lawatan ke PT Pindad adalah untuk melihat perkembangan industri pertahanan di Indonesia.
"Mungkin selepas ini kita akan lihat daripada segi opportunity atau peluang bagaimana kita boleh mengadakan kerjasama di antara Malaysia dan Indonesia," katanya.
Dasar industri pertahanan dan keselamatan negara yang sedang digubal akan menyediakan hala tuju menyeluruh dalam mengurangkan kebergantungan terhadap aset dan peralatan dari luar negara.
Menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi pada September lalu, dasar itu antara lain memberi tumpuan berhubung pembangunan produk dan perkhidmatan serta pembangunan bakat.
Dalam lawatan itu beliau diiringi Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq.
Turut hadir bagi pihak Indonesia pula Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto, Direktur Utama PT Pindad Abraham Mose selain Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia Nadiem Anwar Makarim yang juga menteri pengiring.
Sementara itu, PT Pindad merupakan syarikat milik kerajaan Indonesia yang menghasilkan produk ketenteraan dan komersial antaranya pistol, senapang, peluru, kenderaan khusus termasuk kereta perisai, produk pyroteknik, bahan peledak, produk mekanikal, elektrikal optikal dan opto elektronik.
Syarikat itu adalah pembekal utama persenjataan dan amunisi untuk Tentara Nasional Indonesia dan badan beruniform lain bagi menyokong keupayaan pertahanan dan keselamatan Indonesia.
PT Pindad turut menjalankan aktiviti reka bentuk, pembangunan, kejuruteraan dan fabrikasi serta penyelenggaraan.
Fasiliti pengeluaran di sini berkeluasan 66 hektar dengan fasiliti terbesarnya di Malang, di Jawa Timur, berkeluasan 166 hektar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 11 2021

Ismail Sabri melawat fasiliti pengeluaran produk ketenteraan dan komersil Indonesia milik PT Pindad, di Bandung, hari ini. - Gambar/ Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.

Pemilihan UMNO: Wan Rosdy gariskan sebab kenapa tawar diri bertanding Naib Presiden
Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mededahkan sebab dia memilih untuk menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

PAU2022: Boleh rujuk RoS teliti semula kelulusan usul Presiden, Timbalan tak dipertanding - Ismail Sabri
Mana-mana ahli atau pemimpin UMNO boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi meneliti semula keputusan meluluskan usul tambahan agar dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan

Lapor SPRM jika ada maklumat, bukti sogokan undi pos di Bera - SPR
Individu yang mempunyai maklumat atau bukti berlakunya perbuatan sogokan atau rasuah ketika proses pengundian pos di Parlimen Bera, Pahang supaya melaporkannya kepada SPRM.

PRU15: Anwar perlu minta maaf tuduh tentera dibayar RM300 undi awal - Ismail Sabri
Tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan anggota tentera yang mengundi di Parlimen Bera dibayar RM300 bertujuan merendahkan imej anggota pasukan keselamatan itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

NGO antarabangsa, media Indonesia puji pendirian Ismail Sabri ke atas Myanmar
NGO dan media Indonesia memuji keberanian Ismail Sabri yang lantang bersuara mengenai nasib rakyat Myanmar dan kekejaman dialami mereka di negara yang diperintah junta.

Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri
Selepas disaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial, Datuk Lokman Noor Adam pula memfailkan tuntutan balas terhadap perdana menteri itu.

PRU15: Ismail Sabri beri bayangan manifesto BN ada 'tawaran besar' buat pengundi muda
Manifesto Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangkakan memberi 'tawaran besar' buat golongan muda di negara ini.

PRU15: Fokus keutamaan bekerja untuk rakyat - Ismail Sabri
Budaya berdebat tidak memberikan hasil, sebaliknya kerajaan lebih menumpukan tugas menjaga kepentingan rakyat.

PRU15: DUN di bawah BN bubar serentak dengan pembubaran Parlimen
Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).