KUALA LUMPUR: Malaysia mesti mengkaji strategi dan model pertumbuhan negara-negara seperti China, Jepun dan Korea untuk mempercepatkan pembangunan ekonominya sendiri, demikian menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Justeru, beliau menegaskan, Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan pada 1982 semasa beliau menjadi perdana menteri boleh berfungsi sebagai platform untuk meneroka model pembangunan gergasi-gergasi Asia, melakarkan kemungkinan dan peluang baharu dalam menangani cabaran yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Dr Mahathir berkata bahawa dasar Pandang ke Timur tidak terhad hanya kepada Jepun, tetapi juga kepada Korea Selatan dan China serta entiti lain di Asia Timur dan sehubungan itu, Malaysia harus mengguna pakai amalan baik dari negara-negara tersebut dan mengetepikan amalan yang tidak sesuai untuk Malaysia.
"Kita buang yang tidak sesuai, tetapi yang sesuai untuk Malaysia, kita ambil dan berusaha mendapatkan manfaat daripada gelombang pembangunan yang dilihat di negara-negara berkenaan khususnya Jepun," katanya sambil menambah Jepun membina semula negaranya selepas Perang Dunia Kedua untuk muncul menjadi ekonomi kedua terbesar di dunia sebelum kebangkitan China dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
"Oleh itu, tindakan Jepun mesti ada merit. Kita ingin menimba ilmu dari Jepun. Untuk mencapainya, kita mempunyai dasar Pandang ke Timur ini," katanya hari ini semasa sesi soal jawab memperingati ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur Malaysia.
Dr Mahathir seterusnya berkata, Dasar Pandang Ke Timur telah berjaya dan harus kekal sebagai asas kepada strategi dan program pembangunan Malaysia.
"Pada pendapat saya, dasar yang bijak dan program berkesan hanya boleh dilaksanakan sepenuhnya dan matlamatnya tercapai jika pelaksana dan sistem sokongan yang ada mempunyai sikap dan rasa tanggungjawab yang sewajarnya," tambah beliau.
]
Hari ini, lebih 400,000 rakyat Malaysia bekerja dengan hampir 1,500 syarikat Jepun yang beroperasi di Malaysia.
Dasar Pandang Ke Timur telah memainkan peranan penting dalam usaha perindustrian Malaysia dan telah menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan ekonomi keseluruhan negara.
Dr Mahathir turut melahirkan harapan agar ulang tahun ke-40 ini akan memberi dorongan baharu kepada Dasar Pandang Ke Timur dan hubungan Malaysia-Jepun secara keseluruhan, serta peluang untuk meneliti sistem pendidikan Jepun dari peringkat pratadika hingga ke peringkat universiti. - BERNAMA
Bernama
Wed May 18 2022
Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai sesi soal jawab memperingati ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur Malaysia secara dalam talian hari ini. - Gambar Facebook Dr Mahathir
Festival Musim Bunga: Wuhan antara lokasi sambutan
Sebagai bandar persimpangan utama di tengah China, gala itu mempamerkan daya tarikan Wuhan dengan pemandangan kehidupan malam yang sibuk dan meriah di sepanjang Sungai Yangtze.
Deepseek, AI dari China, kejutkan industri teknologi global, pemain utama
Kejayaan DeepSeek mencetuskan perbincangan dalam industri teknologi kerana ia beroperasi dengan hanya sebahagian kecil daripada sumber yang digunakan pesaingnya.
India umum kejayaan pelancaran satelit navigasi ke orbit
Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) berkata kenderaan pelancar satelit geosegerak (GSLV) yang membawa satelit navigasi NVS-02 berlepas pada 6.23 pagi waktu tempatan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota.
Empat penumpang pesawat Air Busan alami kecederaan
Empat penumpang dilaporkan cedera selepas ekor pesawat Air Busan dilaporkan terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Busan, pada Selasa.
Pihak berkuasa India tingkat kawalan keselamatan
Tiada pengumuman rasmi mengenai kematian daripada kerajaan tempatan, lebih daripada dua belas jam selepas rempuhan itu.
Rakyat Syria Mulai Pulang Biarpun Kos Tinggi
Lebih 200,000 pelarian Syria kini mulai pulang ke rumah mereka setelah bertahun-tahun berlindung di kem pelarian.
Walaupun terpaksa menghadapi kos pemindahan yang tinggi, mereka bertekad memulakan kehidupan baru di celah runtuhan.
Laporan eksklusif oleh Hilal Azmi dari Aleppo, Syria, menceritakan kisah kepulangan ini. Ikuti perkembangan terkini dan cabaran yang dihadapi rakyat Syria dalam proses pemulihan pasca perang.
Walaupun terpaksa menghadapi kos pemindahan yang tinggi, mereka bertekad memulakan kehidupan baru di celah runtuhan.
Laporan eksklusif oleh Hilal Azmi dari Aleppo, Syria, menceritakan kisah kepulangan ini. Ikuti perkembangan terkini dan cabaran yang dihadapi rakyat Syria dalam proses pemulihan pasca perang.
Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Tourism Malaysia memulakan pelbagai usaha bagi mempromosikan negeri di wilayah utara khususnya Pulau Pinang bersempena kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Pembangunan sejagat: Integrasikan pembangunan ekonomi dan manusiawi
Penilaian terhadap sesebuah negara bukan saja terletak pada kemajuan ekonomi tetapi juga falsafah, jati diri dan ketamadunan.
Malaysia, Thailand teroka kerjasama baharu dalam pertahanan
Malaysia dan Thailand komited memperkukuhkan hubungan sedia ada, selain meneroka peluang kerjasama baharu termasuk dalam konteks pertahanan.
Jawatankuasa penyelarasan bantu bangun Gaza akan dibentuk
Satu Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi yang diurussetiakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Waqaf Malaysia akan dibentuk bagi mendukung komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha permulaan membantu membangunkan semula Gaza.
Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.
Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.
'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.
Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.
Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.