PUTRAJAYA: Usaha pelaksanaan dasar pemerkasaan bumiputera perlu mengambil pendekatan lebih sejagat, dilaksanakan di peringkat nasional dan tidak hanya semata-mata tertumpu kepada golongan itu, kata Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Malah, penekanan dasar itu perlu dalam konteks bagi menjadikan Malaysia sebuah negara makmur, inklusif serta mampan dan tiada golongan yang ketinggalan.
Dalam pembentangannya sebagai Pengerusi Libat Urus Penguasaan Korporat dan Penciptaan Kekayaan di Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 hari ini, beliau berkata pendekatan sejagat itu perlu menerapkan konsep kelestarian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang turut melibatkan elemen kesaksamaan sosial.
Beliau berkata walaupun pelaksanaan usaha pemerkasaan bumiputera sejak enam dekad lepas menyaksikan pencapaian peningkatan golongan profesional, sebaliknya aspek lain seperti pendapatan, upah dan pemilikan aset masih amat rendah dan jauh ketinggalan.
"Pendapatan isi rumah bumiputera masih 29 peratus lebih rendah daripada kaum Cina dan lebih ketara lagi adalah (perbezaan) upah dan gaji bumiputera berbanding lain.
"Pertamanya, upah di Malaysia adalah rendah iaitu median berjumlah RM2,600 manakala dari segi kaum, median upah bumiputera sekitar RM2,200 iaitu 45 peratus kurang berbanding median pendapatan kaum Cina RM4,000," katanya.
Abdul Wahid berkata punca utama keadaan itu adalah pendekatan menumpukan sektor awam yang hanya menyumbang 17.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding swasta sebanyak 76.2 peratus.
"Jika kita tidak melebarkan dasar kepada sektor swasta, pencapaian bumiputera akan terus rendah. Amat penting kepelbagaian ekuiti dan keterangkuman dilaksanakan di sektor swasta yang merupakan pemacu utama ekonomi negara supaya keberkesanannya dapat ditingkatkan," kata beliau.
Menyentuh resolusi pelbagai sesi libat urus bagi penciptaan kekayaan dan penguasaan korporat KBE 2024 itu, Abdul Wahid berkata tumpuan merangkumi aspek yang bermula dengan pendidikan, pekerjaan, pelaburan dan seterusnya penciptaan kekayaan.
Ini turut melibatkan inisiatif memberi peluang saksama dari segi pekerjaan dan menyertai perniagaan tanpa diskriminasi manakala pembangunan modal insan menyeluruh pula perlu merangkumi penguasaan bahasa ketiga seperti Mandarin, Tamil, Arab dan Jepun.
"Penguasaan bahasa dapat meningkatkan peluang. Adalah penting bagi bumipuera menguasai bahasa Mandarin berikutan kedudukan China sebagai rakan dagang, pelabur utama kita serta bakal menjadi ekonomi terbesar dunia.
Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan penubuhan satu pangkalan data bersepadu bagi menilai pemilikan aset bumiputera bagi membolehkan dasar bersesuaian dapat dirangka.
Menyentuh syor bagi memperkenalkan Akta Kesaksamaan, beliau berkata apa lebih penting adalah memperkenalkan dasar peluang saksama terlebih dahulu sebelum mewujudkan satu akta khusus.
"Jika dasar secara galakan tidak berkesan, mungkin akta perlu diperkenalkan. Pada masa ini, dasar sudah memadai jika semua rakyat Malaysia dapat menerima semangat hasrat kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman," katanya.
Abdul Wahid berkata resolusi sesi libat urus KBE 2024 itu turut mengetengahkan cadangan mewujudkan dana pemangkin bagi meningkatkan prestasi korporat di Malaysia dan memastikan syarikat di negara ini menggunapakai elemen kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman.
Cadangan lain melibatkan usaha meningkatkan dana wakaf tunai dengan skala besar untuk disalurkan bagi pembangunan sosioekonomi dalam bidang pendidikan dan kesihatan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024

Abdul Wahid turut menekankan kepentingan penubuhan satu pangkalan data bersepadu bagi menilai pemilikan aset bumiputera bagi membolehkan dasar bersesuaian dapat dirangka. - Gambar Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Dasar pemerkasaan bumiputera perlu pendekatan lebih sejagat - Wahid Omar
Usaha pelaksanaan dasar pemerkasaan bumiputera perlu mengambil pendekatan lebih sejagat, dilaksanakan di peringkat nasional dan tidak hanya semata-mata tertumpu kepada golongan itu.

Kebun komersial skala besar dalam bangunan untuk gelandangan jana pendapatan
Projek yang bakal dilaksanakan di Putrajaya itu merupakan kesinambungan kepada projek kebun bandar 'Hijrah Warrior' yang sedang dilaksanakan di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana.

Cadangan perkongsian air boleh dimulakan dengan SPRWTS - PBAPP
PBAPP menyokong penuh rancangan berkenaan kerana ia bukan satu pendekatan baharu.