KUCHING: Dasar pendidikan tinggi percuma Sarawak yang dijangka dilaksanakan pada 2026 tidak akan menyebabkan kenaikan cukai atau pengurangan di dalam pembangunan sektor-sektor lain, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee.
Beliau berkata sebaliknya dasar itu boleh dipertahankan menerusi satu model kewangan kukuh yang dilaksanakan kerajaan negeri dalam tahun-tahun sebelum ini, dan ini terbukti apabila Sarawak terus menyaksikan kenaikan pendapatannya beberapa tahun lepas.
"Kami tahu pendapatan kami akan meningkat. Sarawak mencatatkan pendapatan sebanyak RM13.1 bilion pada 2023 ... Keluaran Dalam Negara Kasar kami juga dijangka meningkat," katanya kepada pemberita dalam satu wawancara menerusi aplikasi Zoom di sini pada Khamis.
Pada 22 Nov lepas, Dr Annuar dilaporkan berkata 25,000 penuntut Sarawak di negeri ini dijangka menerima manfaat daripada dasar pendidikan tinggi percuma itu nanti.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 1 Okt lepas berkata pendidikan percuma di universiti serta institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Sarawak adalah untuk anak jati Bumi Kenyalang dan dijangka dilaksanakan pada 2026.
Beliau berkata unjuran pendapatan tahunan Sarawak yang terus menunjukkan peningkatan sejak 2020 telah memberikan keyakinan kepadanya untuk menetapkan jangkaan itu oleh kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2023

Pada 22 Nov lepas, Dr Annuar dilaporkan berkata 25,000 penuntut Sarawak dijangka menerima manfaat daripada dasar pendidikan tinggi percuma. - Gambar fail
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Dasar pendidikan tinggi percuma Sarawak tidak akan akibatkan kenaikan cukai
Dasar itu boleh dipertahankan menerusi satu model kewangan kukuh dan ia terbukti apabila Sarawak terus menyaksikan kenaikan pendapatan.