"Pencerobohan terhadap data peribadi paling serius" dalam sejarah Singapura berlaku bulan lepas, yang melibatkan data milik Perdana Menteri Lee Hsien Loong, kata Kementerian Kesihatan dan Kementerian Komunikasi dan Penerangan.
Dalam kenyataan mereka, kedua-dua kementerian itu berkata penyerang menyasarkan "secara khusus dan berulang kali" butiran serta maklumat peribadi Lee berkaitan ubat-ubatan yang diberi kepada beliau sebagai pesakit luar.
Mereka dilaporkan berkata 1.5 juta rekod pesakit SingHealth diakses dan disalin, manakala rekod ubat-ubatan yang diberi kepada 160,000 pesakit luar lain juga mengalami perkara sama.
Data peribadi yang diambil daripada 1.5 juta pesakit berkenaan termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat, jantina, bangsa dan tarikh lahir mereka, kata kenyataan itu.
Kenyataan berkenaan menjelaskan bahawa penggodam bagaimanapun tidak meminda atau memadam rekod berkenaan.
Menurut kenyataan itu, perbuatan tersebut tidak menjejaskan rekod perubatan pesakit, termasuk keputusan diagnosis lampau, nota doktor dan keputusan saringan kesihatan mereka.
"Saya sendiri terjejas, bukan secara tidak sengaja. Penyerang menyasarkan data perubatan peribadi saya, secara khusus dan berulang kali," kata Lee melalui laman Facebook beliau dalam respons segeranya tentang berita itu.
"Saya tidak tahu apa yang ingin dicari para penyerang itu. Mungkin mereka mencari beberapa rahsia sulit atau sekurang-kurangnya sesuatu yang boleh mengaibkan saya. Kalau itulah tujuannya, mereka tentu kecewa. Data perubatan saya bukanlah suatu yang ingin saya kongsi dengan orang lain, tetapi tiada apa yang membimbangkan tentang perbuatan itu," tulis beliau.
Lee berkata apabila SingHealth mendigitalkan rekod perubatannya, mereka bertanya sama ada beliau ingin memasukkan juga rekod peribadi beliau ke dalam komputer atau beliau mahu menyimpannya dalam bentuk salinan cetak atas sebab keselamatan.
"Saya minta agar ia dijadikan dalam bentuk digital. Penggunaan kaedah digital akan membolehkan doktor merawat saya dengan lebih bekesan dan cepat. Saya yakin SingHealth akan bertindak dengan sebaik mungkin untuk melindungi maklumat peribadi saya sebagai pesakit, sama seperti yang mereka lakukan bagi semua pesakit lain dalam pangkalan data mereka.
"Sememangnya, saya juga tahu pangkalan data itu akan diserang dan terdapat risiko bahawa suatu hari nanti, walaupun kita berusaha dengan sebaik mungkin, ia akan diusik juga. Malangnya, perkara itu sudah berlaku sekarang," katanya.
Lee berkata keselamatan dan kerahsiaan maklumat tentang pesakit merupakan perkara yang paling diberi keutamaan.
Sehubungan itu, beliau mengarahkan Cyber Security Agency of Singapore (CSA) dan Smart Nation and Digital Government Group (SNDGG) supaya bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Singapura untuk mengetatkan lagi langkah perlindungan dan proses berkenaan secara menyeluruh.
"Kami membentuk sebuah Jawatankuasa Siasatan untuk menyiasat kejadian itu dengan teliti dan menyeluruh. Tanpa sebarang keraguan, jawatankuasa itu akan membuat kesimpulan dan syor berharga yang akan membantu kami untuk berfungsi dengan lebih baik," kata Lee.
Kata beliau, "ini merupakan suatu usaha secara berterusan."
"Mereka yang cuba menceroboh sistem data kami itu sememangnya memiliki kemahiran yang amat tinggi serta azam yang cukup kuat. Mereka juga memiliki begitu banyak sumber dan tidak pernah berputus asa untuk mencuba.
"Sistem kerajaan diserang beribu kali sehari. Matlamat kami ialah menghalang agar setiap serangan yang dilakukan, tidak berhasil. Sekiranya kami mendapati berlaku pencerobohan, kami akan segera memulihkannya kembali, menambah baik sistem kami dan memaklumkan kepada mereka yang terjejas oleh perbuatan itu.
"Itulah yang kami lakukan dalam kes ini. Kami tidak boleh kembali menggunakan rekod dalam bentuk kertas dan fail. Kami perlu melangkah ke hadapan untuk membina sebuah negara yang selamat dan pintar," tulis Lee yang diakhiri dengan parap beliau, LHL. -- Bernama
Bernama
Sat Jul 21 2018
![Data peribadi PM Singapura digodam Data peribadi PM Singapura digodam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61480481109_LeeHsienLoong.jpg)
Menurut Hsien Loong, penyerang menyasarkan data perubatan peribadinya secara khusus dan berulang kali. - BERNAMA/Fail
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![Keselamatan digital: Kerajaan belum berhasrat bina aplikasi khusus - Fahmi Fadzil Keselamatan digital: Kerajaan belum berhasrat bina aplikasi khusus - Fahmi Fadzil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729662706_FahmiFadzilmenter.jpg)
Keselamatan digital: Kerajaan belum berhasrat bina aplikasi khusus - Fahmi Fadzil
Fahmi berkata, terdapat sejumlah aplikasi dalam pasaran yang boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh para pengguna dalam negara ketika ini.
![Agensi privasi Belanda denda Uber AS$324 juta pindah data peribadi pemandu ke AS Agensi privasi Belanda denda Uber AS$324 juta pindah data peribadi pemandu ke AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724670177_TBdriver.jpg)
Agensi privasi Belanda denda Uber AS$324 juta pindah data peribadi pemandu ke AS
Uber telah memindahkan data peribadi pemandu teksi Eropah ke AS dan gagal melindungi data dengan sewajarnya.
![Semua pengguna Google akan layak menerima laporan web gelap Semua pengguna Google akan layak menerima laporan web gelap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720592458_PenggunaGoogle.jpg)
Semua pengguna Google akan layak menerima laporan web gelap
Laporan web gelap Google ini menyemak nama, alamat, nombor telefon dan emel pengguna yang mungkin telah tertiris.
![PADU: Bimbang data digodam PADU: Bimbang data digodam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710724425_TBdataperibadij.jpg)
PADU: Bimbang data digodam
Orang ramai mengakui kurang jelas dan tidak diberikan pendedahan sepenuhnya mengenai keperluan untuk berbuat demikian.
![Malaysia mulakan transformasi untuk tingkatkan tadbir urus data - Gobind Malaysia mulakan transformasi untuk tingkatkan tadbir urus data - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71706872825_GobindSinghDeo.jpg)
Malaysia mulakan transformasi untuk tingkatkan tadbir urus data - Gobind
Malaysia telah memulakan transformasi untuk menambah baik tadbir urus data melalui penilaian semula Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
![Kerisauan terhadap PADU wajar - Khairil Nizam Kerisauan terhadap PADU wajar - Khairil Nizam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682596066_Hentikanintimidasi.jpg)
Kerisauan terhadap PADU wajar - Khairil Nizam
kerisauan ini wajar kerana PADU mendapat akses data daripada 445 institusi sektor awam seluruh negara.
![Rakyat Malaysia boleh guna PADU tanpa was-was - Fahmi Rakyat Malaysia boleh guna PADU tanpa was-was - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704187395_TBFAHMIFADZILjp.jpg)
Rakyat Malaysia boleh guna PADU tanpa was-was - Fahmi
Rakyat Malaysia boleh menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) tanpa ragu-ragu atau risau terhadap tahap keselamatan data peribadi mereka.
!['Saya lahir, dibesarkan di sini' - Pempengaruh, Dd Chronicles 'Saya lahir, dibesarkan di sini' - Pempengaruh, Dd Chronicles](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692949549_DdChronicles.jpg)
'Saya lahir, dibesarkan di sini' - Pempengaruh, Dd Chronicles
Dd Chronicles mengulas berkaitan isu dakwaan fitnah berkaitan kad pengenalan dan data peribadinya yang dimanipulasi pihak tertentu.
![Wanita warga asing antara sembilan ditahan terlibat sindiket keldai akaun bank Wanita warga asing antara sembilan ditahan terlibat sindiket keldai akaun bank](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643041616_TBamihizam.jpg)
Wanita warga asing antara sembilan ditahan terlibat sindiket keldai akaun bank
Amihizam berkata kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 50 tahun itu ditahan menerusi serbuan di sebuah premis di Lembah Klang, Rabu lepas.
![Akta Perlindungan Data Peribadi perlu dipinda, elak data diguna untuk penipuan - Fahmi Akta Perlindungan Data Peribadi perlu dipinda, elak data diguna untuk penipuan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41613479006_TechGeneric.jpg)
Akta Perlindungan Data Peribadi perlu dipinda, elak data diguna untuk penipuan - Fahmi
Perkara itu penting kerana kebanyakan insiden penipuan berlaku setelah maklumat peribadi mangsa dicuri.