MOSCOW:Saintis di utara Rusia menemui lokasi yang menjadi tempat perkumpulan walrus di sebuah kawasan terpencil di Laut Kara.
Reuters melaporkan, penemuan itu suatu yang mengejutkan kerana kumpulan walrus itu terpaksa bersesakan dan berhimpit berikutan habitat dataran ais yang diancam penyusutan selain ancaman aktiviti manusia.
Tabiat berkumpul bukan sesuatu yang asing bagi spesies ini, namun lazimnya ia melibatkan kelompok-kelompok kecil dalam 'keluarga', dan jarang sekali ditemukan haiwan itu bersesak dalam jumlah yang besar.
Lokasi perkumpulan sangat penting bagi spesies itu kerana ia menjadi tempat untuk berehat selepas membuat renangan jauh, membiak dan bersosial. Lokasi yang ditemui itu begitu terpencil di semenanjung Yamal, dan para saintis menganggarkan sekitar 3,000 ekor walrus sedang bersesakan.
Lazimnya, tempat perkumpulan seumpamanya bertempat di atas dataran ais yang hanyut di sekitar kepulauan Artik. Namun, kitaran iklim yang lebih panas mengakibatkan banyak ais mencair dan mengancam ruang kehidupan yang diperlukan spesies itu.
Lebih memberi tekanan, adalah habitat yang musnah akibat aktiviti penerokaan minyak dan gas selain terdapat lebih banyak laluan kapal di Artik.
"Tempat perkumpulan ini sangat unik kerana terdapat walrus jantan dan betina tinggal bersesakan, selain daripada anak-anak walrus yang pelbagai usia,” ujar penyelidik kanan Artik, Aleksander Sokolov, dari Akademi Sains Rusia.
Kesatuan Konservasi Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) menyenaraikan spesies itu sebagai ‘hampir terancam’ pada tahun 2016, selain mengaggarkan jumlah keseluruhan walrus Atlantik kini hanyalah 12,500 ekor.
Sebelum pemburuan komersial haiwan itu diharamkan di peringkat antarabangsa pada pertengahan abad ke-20, populasi spesies itu sudahpun terjejas berikutan permintaan lemak dan gadingnya.
Andrei Boltunov, dari Pusat Penyelidikan dan Ekspedisi Marin, bagaimanapun berkata penemuan lokasi perkumpulan di Yamal itu memberi petanda yang baik iaitu populasi walrus Atlantik semakin memulih.
“Kami mahu percaya bahawa ini adalah petanda positif,” ujarnya, sambil menambah isu yang perlu dipantau sekarang ini adalah ketiadaan ruang yang sewajarnya untuk spesies itu.
Masalah itu disebabkan tempoh ketiadaan ais di sekitar Laut Kara semakin panjang dan itu antara lain berpunca daripada kenaikan suhu global sepanjang dekad-dekad kebelakangan ini.
Agensi
Mon Nov 09 2020
Para saintis bimbang kerana isu yang perlu dipantau sekarang ini adalah ketiadaan ruang yang sewajarnya untuk spesies itu. - Reuters
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Dataran ais mengecil, saintis Rusia menemui lokasi walrus berhimpit di Artik
Tempoh ketiadaan ais di sekitar Laut Kara semakin panjang dan itu antara lain berpunca daripada kenaikan suhu global sepanjang dekad-dekad kebelakangan ini.