KOTA KINABALU: Empat individu termasuk seorang lelaki mendakwa dirinya 'Datuk' ditahan polis selepas dipercayai cuba memperdayakan orang ramai dengan menawarkan projek berkaitan minyak dan gas di negeri ini.
Semua individu termasuk wanita berusia 40 hingga 60-an itu ditahan pada 5 Jun lalu selepas laporan diterima mengenai kegiatan kumpulan berkenaan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, individu berkenaan menawarkan projek Kudat Oil and Gas Industrial Park (Kogip) kepada kontraktor di negeri ini.
"Mereka mendakwa menjadi orang tengah bagi mendapatkan projek berkenaan dengan meminta bayaran deposit terlebih dahulu.
"Bagaimanapun, didapati individu berkenaan tidak mempunyai kuasa atau akses ke atas projek berkenaan kerana walaupun projek itu pernah wujud dulu tetapi difahamkan ia belum lagi sampai ke peringkat untuk ditawarkan kerana masih dalam proses perbincangan.
"Ekoran daripada laporan itu tangkapan telah dibuat dan semua individu telah ditahan reman selama empat hari bagi tujuan siasatan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Dataran Kawad di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.
"Salah seorang daripada individu itu juga turut mengaku sebagai Datuk, namun perkara itu masih dalam siasatan.
"Mereka juga dipercayai sudah lama melakukan kegiatan berkenaan dan pernah ada laporan polis dibuat berkaitan kes penipuan namun dalam kes ini belum ada yang terpedaya," katanya.
Sehubungan itu, Jauteh menasihatkan orang ramai terutamanya kontraktor supaya tidak mudah terpedaya dengan berurusan sesuatu projek yang belum pasti wujud.
"Jangan beri wang terlebih dahulu sebab banyak yang kita terima aduan ada yang telah memberi wang pendahuluan sebagai upah pengurusan sedangkan projek itu belum terbukti ada atau tidak.
"Jika berlarutan akhirnya, projek pun tak dapat, wang pun hilang," katanya.
Sebelum itu, Jauteh turut memaklumkan statistik jenayah indeks enam bulan pertama tahun ini mencatatkan penurunan sebanyak 59.6 peratus.
"Walaupun ada penurunan secara keseluruhan tetapi kita mendapati bahawa jenayah kekerasan seperti gaduh dan gaduh gempar meningkat sedikit berbanding tahun lepas manakala jenayah harta benda menunjukkan penurunan.
"Dari segi penyelesaian terdapat sebanyak 72 peratus daripada kes yang dilaporkan berjaya diselesaikan oleh polis pada tahun ini," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 13 2023

Jauteh dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Dataran Kawad di Kapayan. - Foto Sinar Harian

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Petronas perkenal dua inisiatif sokong sektor minyak dan gas
Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), menyasar untuk menyokong keteguhan sektor minyak dan gas tempatan menerusi dua inisiatif baharu.
![[KOLUMNIS] Tuntutan China terhadap projek minyak dan gas Malaysia: Implikasi kedaulatan dan keselamatan Malaysia [KOLUMNIS] Tuntutan China terhadap projek minyak dan gas Malaysia: Implikasi kedaulatan dan keselamatan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725941600_TBChinesemilitia.jpg)
[KOLUMNIS] Tuntutan China terhadap projek minyak dan gas Malaysia: Implikasi kedaulatan dan keselamatan Malaysia
Tindakan China tidak mengejutkan memandangkan sejarahnya yang sering menggunakan pendekatan agresif dalam menambah tuntutan wilayahnya di Laut China Selatan.

TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas.

KPT teliti tingkat kursus pelancongan, minyak dan gas, TVET di Sabah
Bidang-bidang berkenaan semakin berkembang di negeri ini justeru membolehkan kursus berkaitan ditawarkan.

PRN: Abang Sanusi sanggup tolak 'job' di Arab Saudi, Qatar
Abang kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor iaitu Shabudin, 57, sanggup menolak dua tawaran kerja di Arab Saudi dan Qatar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Datuk antara 4 ditahan tawar projek berkaitan minyak, gas di Sabah
Semua individu termasuk wanita berusia 40 hingga 60-an itu ditahan pada 5 Jun lalu.

Petronas meterai perkongsian pengeluaran bagi tiga kluster DRO
MBR merupakan acara bidaan tahunan yang menawarkan pelbagai peluang huluan kepada pelabur berpotensi.

Petronas Carigali temui minyak dan gas di Blok SK306, luar pantai Sarawak
PCSB merupakan pengendali blok tersebut dengan 100 peratus kepentingan penyertaan dalam kontrak perkongsian pengeluarannya.

MOSTI salur geran dan pinjaman berjumlah RM215.15 juta kepada syarikat minyak dan gas sejak 2011
Geran dan pinjaman tersebut untuk memastikan sektor minyak dan gas negara mendapat pembiayaan dan pinjaman yang sepatutnya.

BPE Engineering & Services siap sedia tawar teknologi penyelengaraan mampan
Penawaran itu juga sejajar dengan aspirasi global untuk mencapai sifar pelepasan karbon menjelang 2050.