Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang Yew Tung Seang pada Khamis menerima kunjungan rasmi Datuk Bandar Bandaraya Adelaide, Martin Haese di Dewan Bandaraya Pulau Pinang di sini.
Dalam pertemuan itu, Yew berkata Adelaide dan George Town adalah lebih daripada bandaraya kembar, yang terjalin sejak 1973, kerana kedua-dua bandaraya mempunyai banyak persamaan dari segi latar belakang sejarah.
"Pertalian kita bermula semasa era Kapten Francis Light, pengasas Pulau Pinang . Daripada apa yang kami kumpul, Kolonel William Light, anak kepada Francis Light, mengasaskan Adelaide City. Oleh itu, kita terikat melalui hubungan ini," kata beliau kepada pemberita di sini.
Haese berkata Adelaide melihat banyak peluang untuk bekerjasama dengan George Town kerana kedua-duanya bukan sahaja hubungan persaudaraan dari segi latar belakang tetapi juga mempunyai persamaan dalam fokus pada teknologi, warisan dan kemapanan.
Beliau menegaskan bahawa kemampanan juga merupakan salah satu strategi teras untuk bergerak maju ke arah menjadi Bandaraya Pintar.
"Kelestarian alam sekitar akan menawarkan peluang ekonomi, dan sebagai bandar neutral karbon pertama di dunia, apa yang kita lihat adalah perkembangan ekonomi di sekeliling industri," kata beliau.
Menurut Strategi Neutral Karbon 2015-2025, Adelaide berhasrat untuk mencapai neutral karbon menjelang 2020 dan mencapai pelepasan bersih sifar karbon menjelang 2025.
Sementara itu, Yew mengucapkan tahniah kepada Haese atas pelancaran "Ten Gigabit Adelaide", iaitu rangkaian serat optik pertama Australia yang menyediakan akses kepada kelajuan data 10GBps untuk perniagaan dan organisasi di Adelaide.
Pengarah Pertumbuhan Adelaide, Ian Hill, yang turut hadir pada pertemuan itu, berkata pemindaan data berkelajuan tinggi itu akan memberi pelbagai manfaat kepada bandaraya, perniagaan dan komuniti serta menjana ekonomi, sosial dan faedah kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 12 2018

Yew Tung Seang (kiri) dan Martin Haese (dua, kanan) saling beramah mesra ketika lawatan Datuk Bandar Adelaide itu ke Pulau Pinang, 12 Julai, 2018. --fotoBERNAMA

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Sumbangan 25 tahun dalam kerjaya seni, Siti Nurhaliza teruja diiktiraf Walk of Fame Adelaide
Beliau berasa cukup gembira dan terharu sebaik menerima pesanan emel daripada pihak penganjur atas pengiktirafan tersebut.

Tahniah! Siti Nurhaliza terpilih untuk diabadikan di Walk Of Fame, Adelaide
Berita gembira itu dimaklumkan penyanyi itu sendiri menerusi satu muat naik di laman Instagram peribadinya pada Selasa.

COVID-19: Australia Selatan laksana perintah berkurung enam hari
Berikutan itu, semua sekolah, universiti, kilang dan restoran diarahkan ditutup bermula Khamis dan hanya seorang individu daripada setiap isi rumah dibenarkan keluar.

COVID-19: Peningkatan kes mendadak, Adelaide kenakan semula sekatan
Ia susulan peningkatan daripada tiga kes kepada 17 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam di bandar kedua terbesar di Australia itu.

Siti Nurhaliza promosi TMM 2020 dalam konsert di luar negara
Siti Nurhaliza akan mempromosi negara dan Tahun Melawat Malaysia 2020 menerusi lagu-lagu irama Malaysia ketika mengadakan konsert di luar negara

Siti Nurhaliza teruja untuk beraksi di Adelaide
Undangan mengadakan konsert di Adelaide, Australia dianggap satu penghormatan buat Siti Nuhaliza.

Malindo Air ke Adelaide mulai bulan depan
Malindo Air akan memulakan penerbangan empat kali seminggu ke destinasi terbaharu, Adelaide, Australia, pada 16 April depan.

Datuk Bandar Adelaide lawat Pulau Pinang, bincang inisiatif bandaraya pintar
Yew berkata Adelaide dan George Town adalah lebih daripada bandaraya kembar, yang terjalin sejak 1973, kerana kedua-dua bandaraya mempunyai banyak persamaan dari segi latar belakang sejarah.

Apabila Raja Rimba datang dekat...
Kalau biasa kita saksikan haiwan liar di dalam sangkar, tapi apa pula rasanya kalau haiwan tengok kita dari luar sangkar?

Ada cubaan gugat kemakmuran pelajar Malaysia di luar negara - WeMalaysia
Pelajar Malaysia di Amerika Syarikat mengakui ada usaha beberapa pihak yang cuba meruntuhkan keamanan dan kemakmuran rakyat berbilang kaum dari Malaysia yang menetap di negara itu.