YAOUNDE: Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon, menurut tentera dan pegawai, lapor Xinhua.
Gabenor Adolphe Lele L'Afrique berkata Datuk Bandar Ngong Innocent dari daerah Belo dan timbalan datuk bandar serta ketua pendidikan asas, Aaron Aghi Ngong telah diserang hendap dan dibunuh semasa dalam perjalanan untuk menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Cameroon.
"Langkah-langkah telah diambil untuk mengesan dalang pembunuhan itu dan kami akan dimaklumkan mengenai semua perkembangan mengenai situasi itu," kata L'Afrique kepada media.
Cameroon merayakan Hari Kebangsaan ke-52 pada Isnin tetapi pejuang pemisah di wilayah Anglophone yang bertutur dalam berbahasa Inggeris di Barat Laut dan Barat Daya negara itu mengenakan sekatan pergerakan untuk mengganggu sambutan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024
Mangsa telah diserang hendap dan dibunuh semasa dalam perjalanan untuk menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Cameroon. - Gambar hiasan
Perkongsian perisikan untuk keamanan, keselamatan ASEAN penting - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri menekankan mengenai kepentingan perkongsian perisikan silang antara rakan serantau bagi mewujudkan zon penampan selamat di rantau ASEAN.
Dua rentung rumah terbakar
Seorang lelaki warga emas bersama anak angkatnya ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Tongkang Yard,Alor Setar.
[TERKINI] Tiada lagi tol percuma musim perayaan
Kementerian Kerja Raya memaklumkan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama tidak akan diteruskan bermula tahun ini, termasuk Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma 100 kali ganda akibat kebakaran - Laporan
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma sehingga 100 kali ganda akibat kebakaran, manakala paras klorin meningkat sebanyak 40 kali ganda.
Trump tandatangan perintah eksekutif tangguh larangan TikTok
Trump berusaha mencari penyelesaian untuk melindungi keselamatan negara sambil memastikan kelangsungan platform yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.
Timbalan pengarah agensi kerajaan antara ditahan bantu siasatan kes rasuah RM600,000
Dua lelaki termasuk timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan direman enam hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000.
Kementerian Komunikasi terus pastikan kebajikan pengamal media terbela - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan terus mengutamakan kebajikan dan keperluan pengamal media, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Syria selepas perang: Sebuah negara dalam mod percubaan
Syria pasca perang bukanlah destinasi pelancongan yang ideal, tetapi, ia adalah bumi yang sarat dengan pelajaran tentang ketahanan manusia.
Umairah kini artis naungan syarikat milik Siti Nurhaliza, SN Legacy
Penyanyi remaja, Ummi Umairah kini artis di bawah pengurusan syarikat milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, SN Legacy.
AWANI Ringkas: NACCOL mahu selesaikan isu padi, beras
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Dua pegawai penjara terbunuh, banduan terlepas dalam serangan hendap
Beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah pengawai penjara menyebabkan dua terbunuh manakala dua lagi cedera parah.
Lebih 50 ditembak mati dalam serangan hendap di Papua New Guinea
Polis jangka angka kematian meningkat dalam jenayah yang tercetus akibat pertikaian suku kaum di wilayah Enga.
Empat maut, sembilan cedera dalam serangan hendap di Pattani
Pasukan keselamatan yang sedang meronda di Pejabat Majlis Perbandaran Yarang, diserang hendap sekumpulan lelaki bersenjata.
Seorang maut, dua sukarelawan pertahanan cedera dalam serangan hendap di Narathiwat
Kejadian berlaku kira-kira 8 pagi, ketika anggota sukarelawan pertahanan menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke markas.