Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Abd Aziz mahukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengendali pusat sehenti gelandangan di Bulatan Pahang yang bakal siap penghujung tahun ini.
Beliau berkata tugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya menyiapkan projek bangunan, menguruskan penyelenggaraan dan mengawal keselamatan pusat tersebut.
"Tetapi urusan mentadbir gelandangan bukan terletak pada DBKL. Kalau ikut undang-undang pun, kami tidak boleh buat apa-apa kerana tugas menguruskan golongan gelandangan sebenarnya adalah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"DBKL sudahpun mengadakan pertemuan dengan JKM beberapa kali untuk berbincang mengenai perkara ini, tetapi JKM pun tidak ada sumber kewangan untuk kendalikannya, jadi saya mahu NGO untuk tampil dan kendalikannya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Rekabentuk Kuala Lumpur 2015 malam tadi.
Beliau mengharapkan NGO yang prihatin terhadap golongan gelandangan agar menggunakan pusat itu sebagai tempat untuk memberi perkhidmatan dan mengedarkan makanan.
"Kita nak kalau boleh NGO bagi makan dekat situ supaya ia kelihatan kemas. Kalau nak buat sampah pun hanya dalam pusat itu, bukan tepi-tepi jalan seperti yang berlaku sekarang, ia tak teratur," kata Mhd Amin.
Beliau berkata projek untuk gelandangan itu yang dibina oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) diharap dapat membantu golongan gelandangan menjalani kehidupan dengan lebih baik kerana pusat itu lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Program Bulan Rekabentuk Kuala Lumpur 2015 yang dijadualkan berlangsung sepanjang bulan depan berperanan menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya unik, berimej dan kaya dengan budaya pelbagai bangsa untuk menarik minat pelancong serta pelabur.
"Acara julung kali ini diharap dapat mengembalikan keunikan seni dan rekabentuk negara amnya dan Kuala Lumpur khususnya melalui pelbagai program yang telah diatur dengan teliti sepanjang Oktober ini.
"Penganjuran program ini merupakan salah satu langkah dalam membantu Negara untuk menarik pelancong datang," kata Mhd Amin.
Beliau mahu Kuala Lumpur kembali tersenarai dalam pengiktirafan peringkat antarabangsa seperti New 7 Wonder Cities of The World dan 8th Most Visited City in The World.
Bernama
Wed Sep 16 2015

MHD AMIN: DBKL sudahpun mengadakan pertemuan dengan JKM beberapa kali untuk berbincang mengenai perkara ini. Foto BERNAMA
SJKP: 76,664 permohonan diluluskan bernilai RM17.86 bilion
Daripada jumlah itu, sebanyak 68,594 permohonan adalah daripada kalangan belia berusia 40 tahun ke bawah.
Pengairan & saliran: RM55 juta diperuntukkan selenggara sistem seluruh negara
Mohamad Sabu berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM14.8 juta disalurkan khusus ke negeri-negeri di Pantai Timur.
Agromakanan: KPKM rangka program baharu lonjak pengkomersialan produk
Inisiatif itu bertujuan mengurangkan kegagalan antara fasa prapengkomersial dan pengkomersialan, selain meningkatkan tahap kesediaan produk hasil penyelidikan dan pembangunan untuk menembusi pasaran.
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Persekitaran kadar faedah yang stabil menyokong ekonomi untuk berkembang dengan memberikan perniagaan dan pengguna kepastian yang lebih dalam merancang kewangan dan mengakses kredit.

Tiada keputusan, laporan Malaysia terkait kes penipuan cip AI Nvidia - Tengku Zafrul
Tiada keputusan ataupun laporan yang menunjukkan cip AI Nvidia dalam pelayan dipindahkan ke Malaysia dari Singapura sebagaimana yang didakwa.
Ibu bapa Eda Ezrin harap dapat sambut aidilfitri dengan anak, menantu
Ibu bapa kepada penyanyi Bae Soba Bae, Eda Ezrin berharap dapat merayakan Aidilfitri thaun ini bersama anak dan menantunya susulan keputusan Mahkamah Narathiwat yang membebaskan mereka daripada tuduhan miliki pil kuda.
Eda Ezrin, suami dan empat rakan bebas tuduhan miliki pil kuda
Mahkamah Wilayah Narathiwat membebaskan penyanyi lagu Bae Soba Bae, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail serta lima yang lain daripada tuduhan memiliki 6,059 pil kuda pada November tahun lepas.
34 kawasan di Melaka dilanda banjir
Hujan lebat berterusan sejak jam 3 pagi Khamis mengakibatkan sekurang-kurangnya 34 kawasan di Melaka dinaiki air.
Tukang cuci dipenjara 11 bulan, denda RM2,000 pecah masuk pejabat ADUN
Seorang tukang cuci dijatuhi hukuman penjara 11 bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret George Town atas pertuduhan mencuri wang berjumlah RM7,259 di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, pada Disember tahun lalu.

Beego tidak setuju cerai, Linda Hashim akan berjuang lepaskan diri
Kes permohonan cerai pasangan pelakon, Beego dan Linda Hashim akan diteruskan dengan pelantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada 23 April depan.

Pokok tumbang punca jalan sesak menuju Bulatan Pahang
Kejadian pokok tumbang berhampiran Bulatan Pahang menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir satu kilometer menghala ke bulatan itu.

DUKE Fasa 2 dibuka untuk laluan kenderaan malam ini
Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Fasa 2 yang menghubungkan Jalan Tun Razak ke Jalan Tuanku Abdul Halim dan Karak mula dibuka untuk pengguna jalan raya 8 malam ini.

Datuk Bandar KL minta NGO kendali pusat sehenti gelandangan
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Abd Aziz mahukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengendali pusat sehenti gelandangan di Bulatan Pahang yang bakal siap penghujung tahun ini.