SHAH ALAM : Datuk Abdul Malik Dasthigeer atau dikenali sebagai 'Datuk Malik' akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan siasatan berkaitan dakwaan rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah.
Pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies itu berkata, beliau telah memberikan pendedahan penuh mengenai perkara itu.
"Saya akan membantu memberikan maklumat diperlukan dalam siasatan kes tersebut dan akan terus memberikan semua maklumat yang diperlukan untuk membantu (menyelesaikan) kes itu.
“Terima kasih kepada mereka yang telah menyatakan sokongan kepada saya," katanya menerusi ucapan di Instagram peribadi miliknya pada Jumaat.
Abdul Malik turut mengharapkan yang terbaik agar keadilan dapat ditegakkan.
Abdul Malik dikenali kerana membawa artis dari India untuk mengadakan konsert Tamil di Malaysia.
Syarikatnya terdiri daripada Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Malik Maju Sdn Bhd, Malik Streams Properties Sdn Bhd, Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd, dan Malik Streams Production & Distribution. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 28 2023

Pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies itu berkata, beliau telah memberikan pendedahan penuh mengenai perkara itu. - Gambar/ Sinar Harian
Yayasan Ikhlas dan ERA Sarawak anjur Misi Pasca Banjir Ooha
Yayasan Ikhlas dan pasukan radio ERA Sarawak berganding bahu dalam menganjurkan Misi Pasca Banjir Ooha untuk kerja-kerja pembersihan di Kampung Bulau, Bekenu di Miri.
AWANI Borneo [24/2/2025] – Minyak & gas| Hasil kajian DOSM| PRN Sabah
AWANI Borneo Selasa, 25 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. Petronas kekal terbuka jalin kerjasama dengan Petros.
2. Gaji adil selaras pendidikan keutamaan rakyat Sabah.
3. GRS yakin memerintah sabah sekali lagi.
1. Petronas kekal terbuka jalin kerjasama dengan Petros.
2. Gaji adil selaras pendidikan keutamaan rakyat Sabah.
3. GRS yakin memerintah sabah sekali lagi.

Malaysia perkukuh kerjasama pertahanan serantau, misi MALBATT akan diperluas
Malaysia komited memperkukuh hubungan pertahanan serantau menerusi pertemuan dua hala secara berasingan membabitkan Brunei Darussalam, Timor-Leste dan Sekretariat ASEAN.

KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap pada 2025 - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan akan mengambil 3,228 jururawat pada 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan tempatan untuk mengisi jawatan tetap.

JAKIM selaras teks khutbah Persekutuan elak campur tangan politik - Mohd Na'im
JAKIM menyelaraskan penyampaian teks khutbah di masjid-masjid peringkat Persekutuan untuk memastikan tiada campur tangan golongan politik menerusi khutbah Jumaat.
Cukil bakat atlet Sabah, pembangunan fasiliti harus ditingkatkan
Sukan muay thai yang semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda di Sabah memerlukan perhatian khusus terutamanya dalam aspek pembangunan fasiliti.
Kerjasama Sabah-Labuan tingkat kemasukan pelancong
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah mengesahkan komitmen masing-masing untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pelancongan bagi memacu pertumbuhan ekonomi di kedua-dua wilayah itu.
Gaji adil selaras pendidikan keutamaan rakyat Sabah
Hasil kajian aspirasi pencari kerja di Sabah yang dijalankan DOSM dari Januari hingga Disember 2024 menekankan kepentingan gaji yang adil selaras dengan kelayakan pendidikan.
GRS yakin memerintah Sabah sekali lagi – Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor yakin memperoleh mandat rakyat pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
ASEAN 2025 | 25 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Datuk Malik beri kerjasama siasatan kes rasuah
'Datuk Malik' akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengubahan wang haram: SPRM tahan penganjur konsert terkenal
Seorang pengarah urusan sebuah syarikat produksi yang membawa bintang tersohor India, Rajinikanth pada 2015, untuk penggambaran filem Kabali di Malaysia ditahan SPRM berhubung pengubahan wang haram.