KUALA LUMPUR: Rakan Kongsi Pengurusan Negara, Grant Thornton Malaysia, Datuk C. R Narendrakumar sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM115 juta, empat tahun lalu.
Narendrakumar, 72, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid.
Tertuduh, ketika itu, Penerima dan Pengurus di syarikat Sabah Forest Industries Sdn. Bhd., telah memindahkan wang berjumlah RM115 juta melalui 12 transaksi secara dalam talian daripada akaun semasa CIMB Bank Berhad milik syarikat itu ke dalam akaun simpanan tetap CIMB Islamic Bank Berhad milik syarikat sama, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, cawangan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, pada 5 Feb 2018, mengikut perenggan 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan berkenaan dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya, Noor Zalizan Lazarous mencadangkan jaminan RM1 juta dengan dua penjamin dengan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Peguam AG Kalidas, yang mewakili Narendrakumar, memohon anak guamnya dibenarkan diikat jamin RM300,000 berikutan tertuduh mengalami masalah kesihatan dan tiada risiko untuk melarikan diri.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM350,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 5 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen berkaitan kes.
Pada 14 Sept lepas, Narendrakumar didakwa atas lapan pertuduhan iaitu sebagai ejen iaitu pengurus dan penerima di syarikat Sabah Forest Industries Sdn. Bhd., telah melakukan pecah amanah wang deposit berjumlah RM2,383,370.31 milik syarikat Pelangi Prestasi Sdn Bhd dalam akaun CIMB, yang telah diamanahkan kepadanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 03 2022

Narendrakumar, 72, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid. - Gambar hiasan

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Datuk Narendrakumar didakwa pengubahan wang haram RM115 juta
Narendrakumar, 72, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid.