KULIM: Datuk dan nenek dua beradik yang kritikal selepas makan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim pada Ahad, tidak menyangka keterujaan kanak-kanak itu membawa pulang bungkusan makanan ringan itu berakhir tragedi.
Menurut Saadiah Yaacob, 62, sebelum itu, kedua-dua cucunya, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, mengikut suaminya, Muhammad Nazar Abdullah, 53, mencari lembu di kawasan kebun terletak 50 meter dari rumah.
Saadiah berkata, dia kemudian ternampak kedua-dua cucunya itu masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik ibu mereka sambil membawa dua bungkus keropok.
Katanya, dia kemudian keluar dan pergi ke kebun getah berhampiran meninggalkan dua beradik itu bersama ibu mereka.
Saadiah memaklumkan tidak lama kemudian, dia ternampak ambulans masuk ke kawasan rumah dan jirannya memberitahu dua cucunya dibawa ke klinik kerana muntah dan mulut berbuih.
“Cucu saya balik sambil bawa keropok di tangan dalam keadaan riang. Masa tu saya nampak mereka tak makan lagi sebab sampai rumah baru mereka buka.
“Mereka terus ke dalam bilik ibu mereka. Saya diberitahu, selepas makan, tiba-tiba kedua-dua mereka menggelupur sambil muntah dan mulut berbuih,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini hari ini.
Dalam pada itu, datuk mereka Muhammad Nazar berkata, dia tidak menyangka perkara itu berlaku kerana kedua-dua cucunya memang rapat dengannya dan sering mengikutnya mencari lembu.
Namun katanya, dalam kejadian pagi semalam, dia sudah menyuruh mereka pulang ke rumah dan tidak menyangka mereka mengambil bungkusan makanan ringan itu bersama.
Katanya, racun yang terdapat dalam makanan ringan itu berkemungkinan bukan racun tikus sebaliknya lebih kuat.
Menurut Muhammad Nazar, dia sedih dengan kejadian yang menimpa dua cucunya itu dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang.
“Saya akan ambil tindakan undang-undang sebab tak mahu jadi dekat orang lain. Saya sedih sangat kerana mereka rapat dengan saya,” katanya.
Sebelum ini Astro AWANI melaporkan, dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun dilaporkan kritikal selepas makan keropok yang dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jul 08 2024

Muhammad Nazar menunjukkan gambar Muhammad Luth ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Padang Ubi, hari ini. Gambar kecil: Muhammad Akil.
#AWANIRingkas 21 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 21 Februari 2025
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas
AWANI Pagi: Merancang kewangan 2025: Persiapan raya dan keperluan sekolah
Tahun ini, cabaran besar menanti keluarga apabila musim persekolahan bertembung dengan sambutan Ramadan dan Aidilfitri.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Keropok racun: Jenazah Luth disemadikan bersebelahan kubur abang
Jenazah Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan selamat disemadikan bersebelahan pusara abangnya, Muhammad Akil Syauqi.

Datuk, nenek tak sangka 2 cucu bawa balik keropok beracun
Nenek mangsa ternampak kedua-dua cucunya itu masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik ibu mereka sambil membawa dua bungkus keropok.