KUALA LUMPUR: Datuk Rodzi Md Saad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Digital berkuatkuasa 12 Disember 2023.
Menerusi kenyataan dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Rodzi yang berusia 60 tahun berkelulusan Sarjana dalam bidang Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Sarjana Muda Demografi dan Kajian Kependudukan (Kepujian) dari Universiti Malaya (UM).
Menurut Mohd Zuki, Rodzi sebelum ini telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 34 tahun serta berpengalaman luas dalam pengurusan dan pentadbiran keselamatan negara.
Ia meliputi pelbagai aspek termasuk sempadan, maritim serta keselamatan siber serta pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara dan jawatan terakhirnya adalah sebagai Ketua Pengarah MAMPU.
‘’Semoga dengan pelantikan Datuk Haji Rodzi Md Saad dapat memacu pembangunan teknologi digital Negara bagi memperkasa penyampaian perkhidmatan digital yang holistik, inklusif dan lestari selari dengan aspirasi Malaysia Madani,’’ katanya.
Datuk Rodzi Md Saad sebelum ini dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa 30 Mei 2023.
Syafik Shukri Jalil
Tue Jan 09 2024

Rodzi sebelum ini telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 34 tahun serta berpengalaman luas dalam pengurusan dan pentadbiran keselamatan negara - Foto Bernama

Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok
Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas Onal dan beberapa saksi di lokasi kejadian.

Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa terjejas akibat banjir kilat.

Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik Sedunia itu alami pneumonia dia kedua-dua paru-parunya dan keadaannya kekal "kompleks." kata pentadbiran Vatican.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia
Allahyarham Zakaria yang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat stroke di Hospital Slim River, Perak, sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang legitimasi terhadap mesyuarat antara pegawai Amerika Syarikat dan Rusia di Riyadh pada Selasa.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.

Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki gunung jasar
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
Mayat kedua remaja lemas di Sungai Perak ditemui
Mayat seorang lagi pelajar sekolah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di parit pada Isnin ditemui pada Selasa.

Datuk Rodzi Md Saad dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Digital
Rodzi sebelum ini berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 34 tahun serta berpengalaman luas dalam pengurusan dan pentadbiran keselamatan negara.

PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin
Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari ke atas Taman Rimba, Mentakab, Temerloh, Pahang.

Satu lokaliti di Lipis, Pahang dikenakan PKPD mulai 6 November
Lokaliti tersebut adalah Ladang Sime Darby Bukit Puteri, Mukim Batu Yon 1 di Lipis.

Tiada lokaliti baharu PKPD diumumkan hari ini
Tiada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan, dilanjutkan atau ditamatkan diumumkan oleh kerajaan, hari ini.

PKPD di 2 lokaliti di Pahang dan Perak tamat esok
Tiada PKPD baharu atau dilanjutkan diumum oleh MKN pada Jumaat.

Tujuh lokaliti di tiga negeri jalani PKPD bermula 1 September - MKN
Datuk Rodzi Md Saad berkata arahan selama dua minggu itu dijadual tamat pada 14 September depan.

Ziarah kubur bukan musim perayaan dibenarkan - KP MKN
Aktiviti ziarah kubur dibenarkan dan ia mesti tertakluk kepada SOP am yang diterbitkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.