Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro (Astro) Datuk Rohana Rozhan hari ini dilantik sebagai Profesor Adjung oleh Universiti Utara Malaysia (UUM).
Datuk Rohana dipilih selaku tokoh industri media yang diminta berkongsi kepakarannya bersama graduan UUM dan beliau dilantik menjadi Profesor Adjung di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan di universiti itu.
Susulan pelantikan ini, beliau bakal memainkan peranan lebih aktif dalam mendidik graduan UUM berkenaan industri media.
Ini termasuk melalui syarahan kepada mahasiswa serta selaku perunding bagi aktiviti kurikulum universiti tersebut.
Beliau menerima surat pelantikan itu dari Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dalam satu majlis penyampaian di Pusat Penyiaran Asia di Bukit Jalil, di sini pagi tadi dengan disaksikan kakitangan, pensyarah dan pelajar universiti berkenaan.
Turut serta pada majlis itu pengurusan Astro dan kakitangannya yang sedang mengikuti pembelajaran peringkat lepasan sarjana dari UUM.
Dalam ucapannya, Datuk Rohana memuji usaha UUM yang menubuhkan Sekolah Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan dan berkata negara mempunyai bakat paling kreatif sekaligus berpotensi besar untuk menjadi tenaga pemacu dalam industri media di rantau ASEAN.
“Saya amat merasa rendah diri atas peluang untuk berkhidmat sebagai Profesor Adjung dan akan melihat apakah bentuk kerjasama yang boleh dilakukan bersama UUM, terutamanya dalam industri ini dan menjadikan rakyat Malaysia sebagai sumber bagi bidang digital dan tenaga kreatif, bersedia untuk bersaing dan menghasilkan sesuatu yang bernilai didalam order baharu dunia,” katanya pada majlis penyampaian itu.
Sementara itu, Mohamed Mustafa berkata UUM mengiktiraf pencapaian Datuk Rohana dalam industri, dan beliau percaya pengalaman luas Datuk Rohana amat diperlukan dalam program industri kreatif dan universiti itu.
Datuk Rohana akan berkhidmat selama dua tahun bermula 1 Oktober lalu sehingga 30 September 2019.
Astro Awani
Thu Nov 02 2017
Datuk Rohana menerima surat pelantikan sebagai Profesor Adjung dari Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak hari ini. - Sumber foto Astro
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
Astro catat kenaikan menerusi ARPU, ADEX dan jalur lebar
Astro mencatat hasil RM829 juta dalam suku ketiga tahun kewangan berakhir 2024 dengan ADEX mencatat pertumbuhan suku yang positif.
Datuk Rohana Rozhan individu Asia pertama terima anugerah Variety
Datuk Rohana Rozhan menjadi individu pertama dari Asia menerima anugerah 'Variety Achievement In International TV'.
Datuk Rohana Rozhan dilantik Profesor Adjung UUM
Datuk Rohana dipilih selaku tokoh industri media yang diminta berkongsi kepakarannya bersama graduan UUM.