Seorang pengarah syarikat pemprosesan sarang burung walit bergelar 'Datuk' yang diberkas semalam kerana didakwa mengeksploitasi 172 pekerjanya hari ini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.
Turut direman bagi tempoh sama adalah seorang wanita yang merupakan pengurus bahagian sumber manusia syarikat berkenaan.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Klang, Nor Asma Ahmad dan kedua-dua suspek dihantar ke lokap berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Menurut sumber polis, kedua-dua individu berumur 29 tahun itu direman untuk siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.
Selain itu, Nor Asma turut mengeluarkan perintah perlindungan sementara ke atas 51 wanita warga Indonesia berumur 19 dan 27 tahun yang didakwa dieksploitasi oleh lelaki berkenaan.
Perintah perlindungan itu dikeluarkan untuk tempoh 21 hari bermula hari ini dan kesemua wanita berkenaan dihantar ke Rumah Pelindungan Khas Wanita Zon Wilayah Tengah di Damansara, dekat sini.
Menurut sumber itu, hasil percakapan awal, difahamkan pekerja wanita itu tidak berpuas hati dengan pengurusan syarikat berkenaan yang memaksa mereka bekerja lebih masa tanpa gaji yang sewajarnya.
Katanya, serbuan di premis itu semalam turut menemukan wang tunai RM66,000 dan siasatan awal mengesyaki sarang-sarang burung yang diproses di kilang itu diperoleh daripada pengusaha di sekitar Kelantan dan Selangor untuk dieksport ke China dan Hong Kong.
"Dipercayai sebanyak 110 sarang burung walit asli perlu diproses untuk mendapatkan sekilogram hasil yang boleh dijual pada harga yang tinggi di pasaran antarabangsa itu," katanya.
Semalam, Pasukan Petugas Khas Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Kementerian Dalam Negeri membongkar kegiatan majikan itu yang memaksa 172 pekerjanya bekerja sehingga 17 jam tanpa cuti.
Pekerja yang terdiri daripada rakyat tempatan, warga Indonesia dan Myanmar didakwa hanya diberi gaji RM200 sebulan berbanding gaji pokok RM1,500 sebulan. -- Bernama
Bernama
Wed Mar 29 2017

Difahamkan pekerja wanita itu tidak berpuas hati dengan pengurusan syarikat berkenaan yang memaksa mereka bekerja lebih masa tanpa gaji yang sewajarnya. - Gambar hiasan

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Peniaga sarang burung walit parah ditembak
Seorang peniaga parah selepas ditembak dari jarak dekat ketika menjalankan urus niaga sarang burung walit di hadapan sebuah rumah tidak berpenghuni di Lumut pada Rabu.

Sabah bakal jadi hab pengeluar produk burung walit dunia - Jeffrey
Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata lembaga khas tersebut akan ditubuhkan selewat-lewatnya pada Mac 2021.

Malaysia di akhir rundingan batal sekatan eksport sarang burung walit
Satu perjanjian protokol telah ditandatangani kementeriannya agar Jabatan Perkhidmatan Veterinar diberikan kepercayaan oleh China untuk membuat penilaian mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.

China tarik balik sekatan eksport sarang burung walit ke negara itu
Kelonggaran itu diberi selepas virus H5N1 kini tidak lagi menular dan sekatan 90 hari terhadap eksport sarang burung walit hampir berakhir.

Isu eksport sarang burung walit ke China akan diselesaikan segera - Ahmad Shabery
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memberi jaminan masalah eksport sarang burung walit negara ini ke China akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.