Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad dilantik sebagai Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, mulai esok (15 Mac).
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini berkata Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk Seri Jamil Salleh pula akan menggantikan Alias sebagai Ketua Setiausaha (KSU) KPDNKK.
Ali juga mengumumkan Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan) KBS Datuk Lokman Hakim Ali, 45, dilantik sebagai Ketua Setiausaha KBS mulai esok, menjadikannya KSU termuda yang dilantik setakat ini.
"Saya berkeyakinan penuh kelayakan, pengalaman dan pengetahuan serta kredibiliti yang dimiliki ketiga-tiga pegawai yang dilantik ini mampu membawa organisasi masing-masing ke tahap kecemerlangan lebih tinggi dalam menjayakan wawasan dan aspirasi negara," katanya.
Alias, 57, yang berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Strategik dan Pertahanan dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dari Universiti Malaya, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam kira-kira 32 tahun dengan menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1984.
Ali berkata Alias berpengalaman luas dalam bidang pengurusan keselamatan, ekonomi, pembangunan serta pengurusan sumber manusia di peringkat kerajaan negeri dan persekutuan.
Alias memegang jawatan KSU KPDNKK mulai 5 Feb 2014.
Jawatan lain yang pernah disandang Alias sebelum ini adalah Ketua Pengarah Imigresen, Setiausaha Bahagian, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri; Setiausaha Bahagian, Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri.
Ali berkata Jamil, 57, yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama kira-kira 32 tahun, berpengalaman luas dalam bidang keselamatan, pengurusan awam dan pengurusan pembangunan sosial.
Lulusan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Sosiologi dan Antropologi dari Universiti Malaya itu mula menyertai perkhidmatan sebagai Pegawai Belia dan Sukan pada 1983 sebelum dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1984.
Beliau dilantik sebagai KSU KBS mulai 12 Jun 2013.
Sebelum ini, beliau pernah menyandang jawatan Timbalan KSU (Antarabangsa dan Pengurusan) KBS, Pengarah, Bahagian Pembangunan dan Perolehan Jabatan Penjara, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Pengarah Pembangunan dan Logistik Jabatan Penjara, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
Ali berkata Lokman Hakim berpengalaman luas dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pengurusan awam dan pengurusan pembangunan sosial menerusi karier perkhidmatannya.
Lulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi dari Claremont Graduate University, California, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ekonomi dari University of Southern California, Amerika Syarikat itu telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama kira-kira 22 tahun dengan mula menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1994.
Lokman Hakim dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan) KBS mulai 3 April 2015.
Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Timbalan Perdana Menteri; Naib Presiden, Perhubungan Kerajaan, Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd; Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal APEC Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Bernama
Mon Mar 14 2016

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa (kiri) menyerahkan surat pelantikan kepada Datuk Seri Alias Ahmad sebagai Setiausaha Majlis Keselematan Negara (MKN) Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, Isnin. - Foto BERNAMA

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.

Pengunjung cemas, wanita warga emas rempuh pam minyak
Gara-gara tertekan pedal minyak tanpa sengaja, sebuah kereta yang dipandu seorang wanita warga emas merempuh pam stesen minyak di Ayer Molek, Melaka tengah hari tadi.

RM2.2 bilion kos pemuliharaan Cameron Highlands
Selain usaha pemuliharaan, ia juga membabitkan usaha merobohkan kawasan pertanian haram serta memastikan tiada pencerobohan oleh PATI.

Datuk Seri Alias Ahmad dilantik Setiausaha Majlis Keselamatan Negara - KSN
Datuk Seri Alias Ahmad dilantik sebagai Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, mulai esok (15 Mac).

Caj perkhidmatan kekal, premis wajib letak notis - KPDNKK
Kerajaan memutuskan industri perhotelan dan restoran boleh mengenakan caj perkhidmatan seperti amalan sebelum ini.

Tanpa perjanjian, hotel dan kedai makan tidak boleh kenakan caj perkhidmatan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengarahkan peniaga dalam sektor perhotelan dan restoran untuk tidak lagi mengenakan caj perkhidmatan berkuatkuasa hari ini.

OPEC kekal pengeluaran, harga minyak dunia jatuh
OPEC memutuskan untuk mengekalkan sasaran pengeluaran 30 juta tong minyak sehari.

KPDNKK jamin bekalan barangan keperluan mencukupi di musim perayaan
Langkah agresif telah dijalankan bagi memastikan tiada peniaga yang menaikkan harga di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Aidil Fitri tidak lama lagi.

KPDNKK kaji keperluan ambil alih KDR1M
KPDNKK sedang mengkaji keperluan untuk mengambil alih operasi Kad Diskaun Rakyat 1 Malaysia dan keberkesanannya dalam mencapai golongan sasar.