KUALA LUMPUR: Pengarah syarikat bergelar Datuk Seri yang didakwa atas pertuduhan rasuah RM15 juta bagi mendapatkan projek milik agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperincikan butiran dalam pertuduhan itu.
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik mewakili Datuk Seri Sim Choo Thiam, memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob bahawa pihaknya telah menyerahkan surat mengenai perkara tersebut yang bertarikh 6 Jun kepada SPRM.
"Pihak kami masih belum menerima maklum balas mengenai surat tersebut," katanya.
Semasa ditanya Rozina mengenai surat itu, Timbalan Pendakwa Raya Abd Muntaqim Abdul Aziz berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai surat tersebut.
Rozina meminta pihak pendakwaan mendapatkan perkembangan terkini mengenai surat itu dan menetapkan 28 Jun ini untuk pengurusan kes.
Pada 10 Mei lepas, Sim, 53 didakwa meminta suapan wang berjumlah RM15 juta daripada Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd, Hep Kim Hong melalui Syed Abu Zafran Syed Ahmad.
Ia sebagai dorongan untuk seorang pegawai badan awam, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang ketika itu Menteri Dalam Negeri, membantu Asia Coding Centre untuk mendapatkan apa-apa projek milik agensi-agensi di bawah KDN.
Sim juga berdepan tiga lagi pertuduhan menerima bagi dirinya suatu suapan, iaitu wang tunai berjumlah RM15 juta daripada individu sama (Hep) sebagai dorongan untuk Hamzah melakukan perkara serupa.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Shaas Holdings dan di kawasan letak kereta di Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1 di sini antara Jun 2021 dan 30 Julai 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2023

Pada 10 Mei lepas, Sim, 53 didakwa meminta suapan wang berjumlah RM15 juta daripada Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd, Hep Kim Hong melalui Syed Abu Zafran Syed Ahmad. - Gambar fail/ Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmi Kamaruzaman dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yang baharu
Datuk Azmi Kamaruzaman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) suruhanjaya berkenaan berkuat kuasa 13 Februari lepas.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat: Benarkan wakil rakyat terima aduan salah laku - Peguam
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat perlu dipinda dengan memberikan kuasa kepada wakil rakyat untuk menerima maklumat.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

CEO, Pengerusi Able Global bebas tahanan reman SPRM
Able Global Bhd (Able Global) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Edward Goh Swee Wang dan Pengerusi Ng Keng Hoe sudah dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (S

Kes salah laku DBKL: Tiada elemen jenayah, wujud kelemahan tatakelola - Azam Baki
Tiada elemen jenayah didapati berlaku berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

Op Sky: SPRM akan panggil 5 hingga 10 lagi saksi, siasatan lengkap sebulan lagi
Siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai di beberapa institusi kewangan dalam Op Sky dijangka selesai dalam tempoh sebulan.