Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida akan mengemukakan representasi kepada pihak pendakwaan berhubung 32 pertuduhan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014.
Hakim Murtazadi Amran membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menyediakan representasi bagi pertuduhan itu ketika kes disebut semula di Mahkamah Sesyen Ipoh di sini, hari ini.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan sudah bersedia untuk perbicaraan kes terbabit selepas tertuduh kekal dengan pengakuan tidak bersalah.
Mahkamah kemudian menetapkan 15 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pada 13 Okt lalu, Vida, 45, pemilik dan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal mengemukakan penyata GST dan gagal membayar cukai GST membabitkan jumlah kira-kira RM4.2 juta sejak April 2015 hingga Julai 2016.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1 Jalan Tun Razak di sini.
Ahli perniagaan itu didakwa atas 16 pertuduhan gagal membayar cukai GST mengikut Seksyen 41 (7) Akta GST 2014 yang boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, 16 lagi pertuduhan adalah atas kegagalannya mengemukakan penyata GST dan dia didakwa mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 yang boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan wang jaminan RM1.76 juta bagi kesemua pertuduhan dan pasport serta dokumen perjalanan milik tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga prosiding perbicaraan selesai.
Tertuduh diwakili peguam Khairilazwar Khalil dan Syed Ahmad Syed Abas. -- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 15 2016

Datuk Seri Dr Hasmiza Othman (kiri) sempat berwefie bersama wartawan ketika hadir di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini untuk sebutan semula kes berhubung 32 pertuduhan kesalahan berkaitan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014. - fotoBERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Senarai perkhidmatan tertakluk kepada peluasan skop SST diumumkan awal tahun depan
Senarai perkhidmatan yang tertaluk kepada peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan diumumkan awal tahun depan sebelum dilaksanakan mulai 1 Mei, 2025.

JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbaik pascapandemik
KDM berjaya mengutip hasil RM61.35 bilion setakat semalam, melepasi sasaran kutipan hasil tahun ini sebanyak RM56 bilion yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

FBM KLCI ditutup tinggi berikutan belian dalam saham terpilih
Indeks Utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan pembelian sederhana dalam produk dan perkhidmatan pengguna.

Belanjawan 2025 dijangka perluas asas cukai seperti cukai gula, HVGT, GloBE - Ahli ekonomi
Kerajaan dijangka mengumumkan langkah cukai baharu dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

GST hanya akan dilaksanakan sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000 - PM Anwar
Kerajaan hanya akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000-RM4,000.

PM Anwar nafi kerajaan bincang laksana semula GST
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan tidak pernah membincangkan untuk melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Belanjawan 2025 : Turunkan cukai korporat, sedia insentif bagi sektor utama - FMM
FMM menggesa kerajaan mempertimbang langkah pengurangan cukai korporat dalam Belanjawan 2025 bagi mengekalkan daya saing Malaysia dalam usaha menarik pelaburan asing.

Kerajaan tidak bincang perkenal GST ganti pemotongan subsidi RON95 - Fahmi
Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan GST sebagai alternatif untuk menghapuskan subsidi petrol RON95.
![[LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan [LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-04/61491288728_SingaporeMerlion.jpg)
[LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, menyingkap amalan fiskal Singapura dalam mempersiapkan rizab kewangan mencukupi untuk masa depan.

Kerajaan ambil langkah pelbagaikan dan tingkatkan sumber pendapatan negara - Lim
Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mempelbagaikan dan meningkatkan sumber pendapatan negara, antaranya menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.