PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan menggunakan gelaran 'Datuk Wira' didakwa telah memperdaya ratusan mangsa dan mengaut hampir RM1 bilion dengan menawarkan pelaburan tidak wujud kepada warga tempatan dan pelabur asing.
Jurucakap sebuah sekretariat yang ditubuhkan sekumpulan mangsa penipuan itu, Shah Abdul Malek mendakwa mangsa terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pegawai kerajaan, doktor dan orang awam terpedaya dengan janji manis ahli perniagaan yang mula menggunakan kedudukan dan pengaruhnya bagi tujuan penipuan itu sejak 16 tahun lepas.
"Tujuan sekretariat ini adalah bagi menghalang lebih ramai orang daripada terpedaya dengan penipuan itu dan mencari jalan bagi mendapatkan kembali wang mangsa," katanya yang juga mangsa penipuan itu pada sidang media, di sini hari ini.
Shah berkata beliau bersama mangsa yang lain mula mengumpul maklumat tentang operasi perniagaan dan modus operandi ahli perniagaan itu yang didakwa telah mengaburi mata pihak berkuasa dan mangsa menerusi 18 syarikat tidak wujud.
Sementara itu, salah seorang mangsa dari Scotland, Lee Roger Meiklejohn, 51, berkata dia kerugian hampir RM60 juta akibat tertipu oleh janji-janji ahli perniagaan itu.
"Pada mulanya, saya diberikan 10 peratus pulangan yang telah dibayar tetapi saya mendapati pada tahun 2017 apabila dia menghantar penyata bank kepada saya bahawa dia telah mengeluarkan semua wang itu sendiri dan memasukkannya ke dalam poketnya sendiri," katanya pada sidang media tersebut.
Meiklejohn berkata laporan polis telah dibuat dua kali dengan pertama kali pada 2019 di Balai Polis Travers dan terkini di Balai Polis Petaling Jaya, semalam.
Dalam pada itu,Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan mengenai penipuan pelaburan tersebut.
Shah menyeru semua mangsa menghubunginya di talian 012-2214433 bagi menghentikan kegiatan penipuan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023

Meiklejohn (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya berkaitan kes penipuan pelaburan melibatkan individu didakwa bergelar Datuk menerusi sidang akhbar di Petaling Jaya pada Selasa. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Polis buka kertas siasatan sindiket penipuan pelaburan didalangi 'Datuk Wira'
Siasatan kes berkenaan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman bersama Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA).

'Datuk Wira' didakwa tipu mangsa pelaburan hampir RM1 bilion
Seorang ahli perniagaan menggunakan gelaran 'Datuk Wira' didakwa telah memperdaya ratusan mangsa dan mengaut hampir RM1 bilion dengan menawarkan pelaburan tidak wujud kepada warga tempatan dan pelabur