KUALA LUMPUR: Susulan aduan dan rungutan daripada peniaga, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil keputusan untuk membuka pagar besi yang dipasang di sekeliling Bazar Aidilfitri 2022 di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR).
Berikutan itu, DBKL akan menyediakan lima pintu masuk ke bazar berkenaan dengan kawalan penguatkuasaan serta keselamatan dan pengunjung boleh berkunjung ke bazar itu melalui mana-mana pintu tersebut.
"Semua pengunjung juga dikehendaki mengimbas MySejahtera di pintu masuk," menurut DBKL dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu menyebut DBKL sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan terutama dalam aspek keselamatan menerusi penggunaan kamera litar tertutup (CCTV), kawalan di lapangan oleh anggota penguatkuasanya, penempatan bilik gerakan petugas dan pasukan penyelenggaraan yang bersiap siaga 24 jam.
"Alat pembesar suara juga disediakan bagi memastikan maklumat dapat disampaikan kepada semua pihak yang berada di bazar selain tiada aktiviti memasak dibenarkan di seluruh kawasan bazar sekali gus mengurangkan risiko berlakunya kebakaran," menurut kenyataan itu.
DBKL menasihati dan mengingatkan semua peniaga supaya memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan bazar.
"Peniaga diharap boleh berniaga dengan suasana yang terbaik manakala pengunjung boleh menikmati suasana beli belah dengan tenang dan sentiasa mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku," katanya.
Bazar Aidilfitri Lorong TAR 2022, yang bermula dari Kompleks Campbell sehingga ke persimpangan Masjid India, akan beroperasi mulai 9 April hingga 2 Mei depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022

DBKL akan menyediakan lima pintu masuk ke bazar berkenaan dengan kawalan penguatkuasaan serta keselamatan. - Bernama
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,000 di Petaling Street
KPDN merampas 6,500 unit barangan yang disyaki tiruan bernilai RM360,000 daripada 20 premis di sekitar Jalan Petaling di sini hari ini.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.

DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Februari 2025.

Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini
Perkembangan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta akan diketahui minggu ini.

Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.