KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan siasatan berhubung insiden individu menendang seorang gelandangan dalam sebuah video tular dipercayai dirakam di hadapan pusat beli-belah Lot 10, Bukit Bintang di sini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah berkata, tindakan akan diambil jika individu tersebut adalah kakitangan DBKL.
"Pihak DBKL sedang menyiasat dan jika ia melibatkan kakitangan DBKL, pihak kami akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya pada Ahad.
Sabtu lalu, tular rakaman video durasi 30 saat di laman sosial memaparkan seorang gelandangan ditendang di bahagian perut oleh seorang lelaki dipercayai ketika operasi pembersihan dijalankan pada 14 Januari lalu.
Turut berada di lokasi adalah pekerja pembersihan Alam Flora.
Bagaimanapun, sumber daripada Alam Flora memaklumkan individu tersebut bukan kakitangannya.
"Pekerja Alam Flora yang pakai baju merah sahaja dan dua individu lagi kami tidak pasti.
"Mereka (pekerja Alam Flora) berada di lokasi untuk bantu bersih kawasan sahaja," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memberitahu telah memulakan siasatan dan sedang memburu individu melakukan perbuatan tersebut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan pada masa sama memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 23 2022

Video tular insiden individu menendang seorang gelandangan dipercayai dirakam di hadapan pusat beli-belah Lot 10, Bukit Bintang. -Video tular

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

DBKL siasat individu tendang gelandangan
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah berkata, tindakan akan diambil jika individu tersebut adalah kakitangan DBKL.