KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan melancarkan Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) mendapat maklum balas yang positif dalam kalangan komuniti bioteknologi negara.
Ketua Pegawai Eksekutif National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) Prof Datuk Dr Raha Abdul Rahim berkata sewajarnya perhatian dan tumpuan diberikan dalam industri bioteknologi supaya Malaysia tidak terkebelakang dalam konteks kemajuan negara-negara ASEAN.
"Projek MyGenom yang juga diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah amat penting untuk negara dalam menghasilkan genom rujukan bagi kepelbagaian populasi dan etnik Keluarga Malaysia agar dapat memacu inisiatif precision medicine bagi rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata NIBM bersedia memikul tanggungjawab bagi melaksanakan projek itu serta semua teras utama DBN 2.0.
Dalam kenyataan sama, Pensyarah Universiti Malaya Dr Rofina Yasmin Othman berkata pelancaran DBN 2.0 menunjukkan komitmen kerajaan yang menyokong sektor ekonomi melibatkan industri bioteknologi.
"Sudah pasti seluruh ekosistem bioteknologi amat gembira dengan pelancaran DBN 2.0. Lots to look forward to!," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Bioeconomy Development Corporation Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak pula berkata pihaknya percaya DBN 2.0 akan memberi nafas baharu kepada industri bioteknologi dan berasaskan bio di Malaysia.
Beliau berharap dapat bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi menambah baik Bil Jaminan BioNexus dan memperkukuh program Pemecutan Berasaskan Bio (BBA) untuk membentuk ekosistem bioteknologi yang lebih dinamik dan berkembang maju di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif GK Aqua Sdn Bhd Giva Kuppusamy pula berkata syarikat akuakultur bioteknologi berstatus Bionexus itu menyahut cabaran untuk mencapai sasaran polisi DBN 2.0, selari dengan ketiga-tiga aspek industri bioteknologi, bakat bioteknologi serta kepentingan penyelidikan.
Semalam, Perdana Menteri melancarkan DBN 2.0 yang memberi tumpuan kepada tiga tunjang utama dalam memperkasakan sektor berkenaan seiring aspirasi menjadikan Malaysia sebagai negara berteknologi tinggi menjelang 2030.
Ismail Sabri berkata tiga tunjang utama itu ialah bioteknologi pertanian dan jaminan makanan; penjagaan kesihatan dan kesejahteraan; serta bioteknologi perindustrian dan ekonomi kitaran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022
Raha berkata, sewajarnya perhatian dan tumpuan diberikan dalam industri bioteknologi supaya Malaysia tidak terkebelakang dalam konteks kemajuan negara-negara ASEAN. - Gambar fail/FB Universiti Putra Malaysia
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM360,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup dadah bernilai RM360,000 di muara Sungai Rambah dekat sini semalam.
KPKT gesa PBT kekalkan dasar sedia ada demi menjaga harmoni
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran mengekalkan dasar sedia ada berhubung isu penjualan arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Chatbot AI Perplexity kini boleh menjadi pembantu maya lalai peranti Android anda
Perplexity menyokong ciri perbualan dan memfokuskan kepada konsep enjin carian dengan AI, membolehkan pengguna berbual dengannya untuk melakukan carian.
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Roy Azman elak bawa watak jahat, mahu jaga nama baik anak-anak
Roy juga cuba untuk kekal positif walaupun sering menerima komen kebencian ketika melakonkan watak jahat.
DBN 2.0 dapat maklum balas positif komuniti bioteknologi negara
NIBM bersedia memikul tanggungjawab bagi melaksanakan projek itu serta semua teras utama DBN 2.0.