SHAH ALAM: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima teguran daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berhubung satu kesalahan ejaan.
Tengku Zafrul berkata, selama ini, beliau tidak mengetahui ejaan yang betul dan berterima kasih kepada DBP kerana menegur.
"Apa ejaan yang betul? Selama ini saya guna InsyaAllah tapi sekarang saya dah tahu ejaan sebenar ialah insya-Allah.
"Terima kasih @DBPMalaysia kerana menegur ejaan. Lepas ni, saya akan lebih teliti dengan penggunaan istilah ini, insya-Allah," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.
Pada 31 Mac lalu, DBP melalui satu surat rasmi memaklumkan pihak mereka menerima aduan daripada pengguna bahasa Melayu tentang kesalahan ejaan perkataan tersebut pada hantaran Twitter Tengku Zafrul.
Jelasnya, ejaan yang betul bagi perkataan tersebut mengikut Kamus Dewan Perdana ialah 'insya-Allah'. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 06 2023

Tengku Zafrul berkata, selama ini, beliau tidak mengetahui ejaan yang betul dan berterima kasih kepada DBP kerana menegur. - Foto fail/BERNAMA

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBP
Walaupun negara sudah merdeka selama 67 tahun, isu penguasaan bahasa kebangsaan masih menjadi antara isu utama dalam kalangan masyarakat.

Malaysia negara pelik, rakyatnya segan guna bahasa kebangsaan – KP DBP
Rakyat masih terperangkap Bahasa Melayu tidak mempunyai nilai ekonomi, standard, serta mutu tersendiri.

Program Semarak Bahasa Kebangsaan galak pelajar Cina kuasai Bahasa Melayu
Program Semarak Bahasa Kebangsaan Kampung Baru melibatkan sekolah aliran Cina yang dilaksanakan sejak Jun 2016 bertujuan menggalakkan pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.

DBP tegur Tengku Zafrul ejaan 'insya-Allah'
Tengku Zafrul berkata, selama ini, beliau tidak mengetahui ejaan yang betul dan berterima kasih kepada DBP kerana menegur.

Sambutan ulang tahun DBP akan dibawa ke peringkat sekolah
Langkah itu bertujuan melonjakkan usaha memperkasakan bahasa di peringkat sekolah.

Kemaskan Bahasa Melayu secara domestik dahulu, sebelum perkenal ke luar negara - Rais Yatim
Pembelajaran serta penguasaan ilmu Bahasa Melayu itu amat penting dalam kalangan rakyat terutama dalam pelbagai sektor ekonomi.

Draf pindaan Akta DBP 1959 dijangka diserahkan Peguam Negara sebelum Julai - Rais Yatim
Jawatankuasa yang ditubuhkan sedang memperhalusi draf pindaan berkenaan, dan ia kini dalam peringkat akhir.

Akta DBP dipinda untuk perkasa Bahasa Melayu - PM Ismail Sabri
Kerajaan akan meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 bagi membolehkan pihak DBP mengambil tindakan terhadap mana-mana pelanggaran Bahasa Melayu termasuk di peringkat daerah.

Kerajaan struktur semula Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan - Mohamad
Kementerian Pendidikan akan menstruktur semula Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan di setiap kementerian di negara ini.

Sasterawan Negara Kemala meninggal dunia
Allahyarham Ahmad Kamal atau lebih dikenali dengan nama pena Kemala menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun.