Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah diarahkan untuk mengkaji secara teliti laporan pencarian akhir Biro Pengangkutan Keselamatan Australia (ATSB) untuk memperoleh bukti lanjut boleh percaya mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia memerlukan petunjuk baharu yang boleh percaya sebelum memulakan usaha baharu pencarian bagi pesawat malang itu, yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014, membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Beliau berkata beberapa firma penerokaan dasar laut seperti Ocean Infinity (Amerika Syarikat) dan Fugro (Belanda) telah menawarkan untuk membantu menjejaki MH370 selepas pencarian di dasar laut terpencil meliputi 46,000 kilometer persegi di Laut China Selatan digantung pada Januari tahun ini.
"Kami juga akan mengkaji tawaran syarikat-syarikat tersebut tetapi kriteria asas bagi pencarian ialah mempunyai bukti boleh percaya.
"Kami tidak boleh meneruskan operasi mencari semata-mata untuk meneruskan pencarian dan memberi harapan palsu kepada keluarga dan waris. Kami harus bertanggungjawab terhadap tindakan kami," kata Liow kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet di sini hari ini.
Mengulas mengenai laporan akhir ATSB yang dikeluarkan pada Selasa, yang menyatakan bahawa sebab-sebab bagi kehilangan MH370 dapat dapat ditentukan dengan pasti sehingga pesawat tersebut ditemukan, Liow berkata ketiga-tiga negara yang terlibat dalam pencarian iaitu Australia, Malaysia dan China akan bermesyuarat dan membincangkan tindakan selanjutnya jika bukti baharu yang boleh percaya muncul.
Liow mengucapkan terima kasih kepada ATSB atas usahanya membantu Malaysia menjejaki MH370, sambil menambah laporan setebal 440 muka surat, yang dihantar kepada beliau, bukanlah laporan akhir berkaitan pencarian MH370 tetapi cuma laporan pencarian dari pasukan pencarian Australia.
Laporan akhir Malaysia perlu disiapkan dan dikeluarkan dalam setahun daripada tarikh penggantungan yang diumumkan oleh pasukan penyiasat keselamatan diketuai oleh Datuk Kok Soo Chon, kata beliau.
"Kamiakan mengkaji semua butiran yang mungkin untuk mencari perunjuk baharu untuk menjejaki pesawat berkenaan. Kami tidak dan tidak pernah berputus asa kerana setakat ini, kami mencari mencari bukti tambahan boleh percaya untuk meneruskan usaha mencari," katanya.
Liow berkata kementeriannya juga sedang menyediakan kertas Kabinet, yang memperincikan keseluruhan operasi mencari dan langkah-langkah tentang apa yang boleh dilakukan oleh oleh Malaysia untuk mencari MH370 dan membentangkannya kepada Kabinet untuk perbincangan.
Ketika ditanya bila ia akan dikemukakan kepada Kabinet, beliau berkata: "Itu bergantung bila kajian itu selesai. Kami juga perlu meneliti dan mengkaji laporan pencarian ATSB yang dikemukakan. Saya fikir Australia telah menghantar laporan itu kepada ketiga-tiga negara berkenaan, dan kita pasti akan mengkaji semua butiran.
"Kami memahami perasaan waris dan ingatan dan doa kami sentiasa bersama mereka.Kami komited untuk mencari bukti boleh percaya dan merungkai misteri kehilangan MH370 jika mungkin."
Setakat ini, Liow berkata Malaysia telah membelanjakan hampir RM500 juta bagi pencarian MH370 sejak tiga tahun lalu.
Ditanya sama ada Australia, Malaysia dan China akan bermesyuarat tidak lama lagi, beliau berkata tiada tarikh pasti yang ditetapkan bagi mesyuarat tersebut kerana tidak ada bukti boleh percaya bagi kes itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2017

LIOW: Kami tidak boleh meneruskan operasi mencari semata-mata untuk meneruskan pencarian dan memberi harapan palsu kepada keluarga dan waris. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Petunjuk baharu MH370: MOT akan bekerjasama dengan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia
"Sebarang perbincangan lanjut akan diadakan dengan Kerajaan China dan Australia berdasarkan bukti yang boleh dipercayai."

Pesawat tersasar, juruterbang dipercayai tertidur
Seorang juruterbang tersasar lokasi pendaratan hampir 50 kilometer (KM) ketika penerbangan carter selepas beliau dipercayai tertidur.

ATSB tolak penemuan terbaharu MH370 oleh penyiasat nahas Kanada
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia ATSB tidak bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat dalam laporan terbaharu misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.

Bangkai kapal yang ditemui dalam operasi mencari pesawat MH370 dikenal pasti
Kedua-duanya adalah kapal dagang kurun ke-19 yang membawa muatan bahan bakar arang, dengan setiap satunya membawa 30 orang anak kapal.

Ocean Infinity masih gagal imbas MH370
Ocean Infinity melaporkan, sudah mengimbas sehingga 1,300 kilometer persegi kawasan sehari sejak melancarkan misi di pantai barat Australia.

MH370: 'Serpihan masih ditemui' - Kok Soo Chon
Pencarian pesawat MMH370 di tenggara pesisir pantai benua Afrika dan pulau-pulau berdekatan, menemui beberapa lagi serpihan.

DCA kaji laporan akhir ATSB mengenai kehilangan MH370 - Liow
Malaysia memerlukan petunjuk baharu yang boleh percaya sebelum memulakan usaha baharu pencarian bagi pesawat malang itu.

Operasi mencari MH370 tamat dalam tempoh dua minggu
Operasi mencari pesawat MH370 bakal ditamatkan dalam tempoh dua minggu.

Laporan ATSB: Waris harap pencarian MH370 diteruskan di kawasan baharu
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia yakin kawasan dasar laut di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebagai kawasan pencarian semasa, bukan merupakan tempat terletaknya bangkai pesawat.

MH370 mungkin tidak berada di kawasan pencarian - ATSB
ATSB yakin kawasan dasar laut di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebagai kawasan pencarian sebelum ini, bukan merupakan tempat terletaknya bangkai pesawat MH370.