IPOH: Pihak yang menjalankan aktiviti pengambilan pasir di Pantai Pasir Panjang, Manjung sudah beberapa kali diberi amaran oleh pihak berkuasa supaya menghentikan kerja di tapak namun tetap berdegil walaupun tidak memperoleh sebarang kebenaran.
Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip berkata, kerja-kerja di tapak itu dikesan sejak November lepas dan pihaknya dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengarahkan supaya ia dihentikan sementara menunggu kelulusan.
"Tiada apa-apa kelulusan atau kebenaran dikeluarkan di kawasan tanah milik syarikat perindustrian itu setakat ini. Memang ada permohonan dibuat tetapi perlu dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk diperhalusi dan mendapatkan ulasan termasuk dari segi teknikal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan semakan ke atas permohonan, pihak syarikat itu berhasrat membangunkan kawasan berkenaan yang mempunyai potensi aktiviti perlombongan pasir silika.
Bagaimanapun katanya keadaan kini terkawal dan pasukan PTG Perak bersama MPM telah meninjau kawasan tapak bagi pemantauan supaya pasir berkenaan tidak dipindahkan keluar dari kawasan pendaratan penyu di pantai berkenaan.
Ditanya sama ada terdapat kegiatan mengorek pasir secara haram di kawasan lain di Perak, Mohamad Fariz berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan setakat ini.
Persatuan Aktivis Sahabat Alam menerusi Twitter sebelum ini memuat naik dua keping gambar memaparkan aktiviti mengorek pasir di kawasan itu yang merupakan zon sensitif alam sekitar tahap satu.
Menurut persatuan itu kawasan sensitif alam sekitar tahap satu adalah kawasan yang tidak boleh dijalankan sebarang jenis aktiviti pembangunan selain pelancongan terkawal dan penyelidikan sebagaimana dinyatakan dalam peraturan atau Rancangan Fizikal Negara serta Rancangan Tempatan.
Bernama sebelum ini melaporkan, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) tidak menerima sebarang permohonan dan tiada kebenaran dikeluarkan pihak tersebut sehingga hari ini malah telah mengarahkan kerja-kerja projek itu dihentikan serta-merta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 03 2022
![Degil korek pasir walaupun berkali-kali diarah henti kerja - PTG Degil korek pasir walaupun berkali-kali diarah henti kerja - PTG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641197995_KorekPasir.jpg)
MPM telah mengeluarkan notis henti kerja ke atas projek korek pasir yang didakwa dijalankan di kawasan pendaratan penyu Tanjung Gemuk, Pantai Pasir Panjang. - Facebook Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA
![CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739273384_MCWMalaysiaCorrup.jpg)
CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW
Pembaharuan menyeluruh termasuk mempercepat agenda reformasi institusi, perlu dilaksanakan dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.
![PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735803655_PERKESOperkesolog.jpg)
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
![JAS siasat insiden tumpahan diesel di Sg. Slim, jentera korek pasir jadi punca JAS siasat insiden tumpahan diesel di Sg. Slim, jentera korek pasir jadi punca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727011348_TehKokLim.jpg)
JAS siasat insiden tumpahan diesel di Sg. Slim, jentera korek pasir jadi punca
Lokasi aktiviti pengorekan pasir itu dianggar berada 3km di bahagian hulu Loji Rawatan Air Sungai Geliting, Slim dalam daerah Muallim.
![Lelaki dikhuatiri lemas ketika korek pasir di Sungai Perak Lelaki dikhuatiri lemas ketika korek pasir di Sungai Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671202830_SungaiPerak.jpg)
Lelaki dikhuatiri lemas ketika korek pasir di Sungai Perak
Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika menjalankan kerja-kerja mengorek pasir di Sungai Perak, dekat Kampung Kubang Pekan, hari ini.
![Kerajaan negeri tidak beri kelulusan aktiviti korek pasir di Yan - MB Kedah Kerajaan negeri tidak beri kelulusan aktiviti korek pasir di Yan - MB Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657716176_TBSANUSIMDNOR.jpg)
Kerajaan negeri tidak beri kelulusan aktiviti korek pasir di Yan - MB Kedah
Kerajaan negeri Kedah menafikan terdapat kegiatan pengorekan pasir di kawasan perairan di beberapa pulau di Yan.
![Degil korek pasir walaupun berkali-kali diarah henti kerja - PTG Degil korek pasir walaupun berkali-kali diarah henti kerja - PTG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641197995_KorekPasir.jpg)
Degil korek pasir walaupun berkali-kali diarah henti kerja - PTG
Pihak syarikat itu didapati berhasrat membangunkan kawasan berkenaan yang mempunyai potensi aktiviti perlombongan pasir silika.
![SAM gesa ambil tindakan segera kerja korek pasir di Sedim SAM gesa ambil tindakan segera kerja korek pasir di Sedim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71512054019_LombongPasirPecah.jpg)
SAM gesa ambil tindakan segera kerja korek pasir di Sedim
Kerja-kerja pengeluaran pasir boleh menyebabkan struktur tanah menjadi tidak stabil yang boleh mengakibatkan hakisan dan jerlus.