Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan berhubung status penubuhan Darul Ehsan Investment (DEIG) sekiranya menerima maklumat baharu mengenainya.
Ketua Pesuruhjayanya Datuk Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya perlu merujuk kepada laporan terbaharu dan hasil siasatan sebelum ini berhubung kes DEIG sebelum berbuat demikian.
"Saya kena rujuk kepada pegawai dahulu berhubung laporan yang baharu dibuat semalam, sama ada isunya sama dengan isu yang pernah SPRM buat (siasatan) dahulu, selain melihat jika ada maklumat atau isu baharu," katanya kepada pemberita pada program Ziarah Kasih SPRM siri 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Triang Hilir, Simpang Durian di sini, pada Sabtu
Beliau berkata pada 2015, SPRM pernah menjalankan siasatan berhubung status penubuhan DEIG namun, pihaknya tidak menemui sebarang kesalahan rasuah.
Dzulkifli diminta mengulas laporan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara Mohd Fakhzan Md Noor semalam yang meminta SPRM menyiasat kes tersebut kerana DEIG didakwa beroperasi lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.
Mohd Fakhzan berkata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipetik sebagai berkata bahawa DEIG tidak memulakan operasi sehingga 2016.
Bagaimanapun, media melaporkan DEIG melalui anak syarikatnya DEIG Land, mula membuat Permintaan Maklumat (RFI) untuk kerja membangunkan tanah kerajaan negeri yang terletak di Shah Alam, Gombak dan Bukit Beruntung pada Jun 2015.- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 26 2017
![DEIG: SPRM buka kertas siasatan jika ada maklumat baharu DEIG: SPRM buka kertas siasatan jika ada maklumat baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81500886233_DatukDzulkifliAhma.jpg)
DZULKIFLI: Saya kena rujuk kepada pegawai dahulu berhubung laporan yang baharu dibuat semalam, sama ada isunya sama dengan isu yang pernah SPRM buat (siasatan) dahulu, selain melihat jika ada maklumat atau isu baharu. -Gambar fail
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
![Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sebuah pusat penyembelihan ayam dan pusat pemprosesan makanan ayam di Taman Perindustrian IKS dan Spring Crest Industrial Park.
Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan pengguna.
Banjir: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat pagi ini.
[TERKINI] Setia City Mall beroperasi semula
Dalam kenyataan pada Ahad, pihak pengurusan pusat beli-belah itu memaklumkan mereka telah menerima kelulusan daripada pihak berkuasa untuk meneruskan operasi sementara siasatan masih dijalankan.
![CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739073324_tbCIMBSATUPEMIMPI.jpg)
CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta menerusi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) bagi membantu lebih 9,000 penghuni daripada empat Projek Perumahan Rakyat (PPR)
[TERKINI] Insiden tembak Setia Alam: Polis sudah kenal pasti penembak
Polis sudah mengenal pasti suspek terlibat dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam tadi yang melibatkan warga tempatan.
![Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720922589_DonaldTrump.jpg)
Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya
Percubaan membunuh Trump kali pertama berlaku semasa kempen di Pennsylvania pada 13 Julai 2024.
AWANI Ringkas: DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![DEIG: SPRM buka kertas siasatan jika ada maklumat baharu DEIG: SPRM buka kertas siasatan jika ada maklumat baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81500886233_DatukDzulkifliAhma.jpg)
DEIG: SPRM buka kertas siasatan jika ada maklumat baharu
SPRM pernah menjalankan siasatan berhubung status penubuhan DEIG namun, pihaknya tidak menemui sebarang kesalahan rasuah.
![MB Selangor diminta perjelas berhubung dakwaan dana DEIG untuk pilihan raya Sarawak MB Selangor diminta perjelas berhubung dakwaan dana DEIG untuk pilihan raya Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/41445693426_AzminAli.jpg)
MB Selangor diminta perjelas berhubung dakwaan dana DEIG untuk pilihan raya Sarawak
Mohamed Azmin Ali diminta membuat penjelasan berhubung dakwaan anak syarikat kerajaan negeri, DEIG digunakan untuk memperoleh dana politik bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.
![DEIG tidak langgar Akta SPRM 2009, kata SPRM DEIG tidak langgar Akta SPRM 2009, kata SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61441113272_SPRM.jpg)
DEIG tidak langgar Akta SPRM 2009, kata SPRM
Perkara itu disahkan oleh Pengarah SPRM Selangor Datuk Simi Abdul Ghani dalam satu kenyataan media hari ini.
![Adun BN Selangor kesal masih tiada siasatan, tindakan ke atas DEIG Adun BN Selangor kesal masih tiada siasatan, tindakan ke atas DEIG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439912179_BudimanMohdZohdi.jpg)
Adun BN Selangor kesal masih tiada siasatan, tindakan ke atas DEIG
Adun BN Selangor kesal kerana mendakwa masih tiada sebarang siasatan pihak berkuasa terhadap penubuhan Darul Ehsan Investment.
![Ketua Audit Negara sedia audit penubuhan DEIG Ketua Audit Negara sedia audit penubuhan DEIG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41436445732_AMBRINBUANG.jpg)
Ketua Audit Negara sedia audit penubuhan DEIG
Ambrin berkata buat masa ini beliau sedang menyemak dan meneliti butiran berhubung penubuhan syarikat terbabit.
![Penubuhan DEIG diketahui semua ADUN, tidak patut timbul keraguan - Azmin Penubuhan DEIG diketahui semua ADUN, tidak patut timbul keraguan - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41437282828_AzminAli.jpg)
Penubuhan DEIG diketahui semua ADUN, tidak patut timbul keraguan - Azmin
Keraguan mengenai kewujudan entiti itu tidak sepatutnya ditimbulkan mana-mana ADUN kerana maklumat mengenainya telah dibentangkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ogos lepas.
![DEIG: 'Lebih 70 syarikat bawah Kerajaan Selangor berisiko' - Sohaimi DEIG: 'Lebih 70 syarikat bawah Kerajaan Selangor berisiko' - Sohaimi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41440255831_SOHAIMISHAHADAN.jpg)
DEIG: 'Lebih 70 syarikat bawah Kerajaan Selangor berisiko' - Sohaimi
Kata Sohaimi kerajaan negeri kini perlu memberi penjelasan dan menjawab persoalan rakyat terhadap penubuhan syarikat kontroversi itu.
![Kerajaan negeri Selangor perlu beri penjelasan DEIG kepada rakyat - Hishammuddin Kerajaan negeri Selangor perlu beri penjelasan DEIG kepada rakyat - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41440237827_Hishammuddin.jpg)
Kerajaan negeri Selangor perlu beri penjelasan DEIG kepada rakyat - Hishammuddin
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata langkah itu perlu berikutan rakyat mahukan kebenaran seperti mana yang berlaku dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
![PKR tidak telus isu DEIG - Khairy PKR tidak telus isu DEIG - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439606375_KhairyJamaluddin.jpg)
PKR tidak telus isu DEIG - Khairy
Khairy Jamaludin menyifatkan ada sesuatu yang tidak kena dengan penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.
![Masalah RM30 bilion DEIG lagi besar dari derma RM2.6 bilion - Rahman Dahlan Masalah RM30 bilion DEIG lagi besar dari derma RM2.6 bilion - Rahman Dahlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51440141683_RahmanDahlan.jpg)
Masalah RM30 bilion DEIG lagi besar dari derma RM2.6 bilion - Rahman Dahlan
Jumlah pengurusan aset DEIG yang bernilai RM30 bilion merupakan satu masalah yang serius, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.