Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) mengesahkan setakat ini Darul Ehsan Investment Group (DEIG) tidak melanggar sebarang kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah SPRM Selangor Datuk Simi Abdul Ghani dalam satu kenyataan media hari ini.
"Setakat ini, SPRM tidak menemui sebarang kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan tidak bercadang untuk mengambil tindakan selanjutnya.
"Bagaimanapun, sekiranya terdapat maklumat baharu yang mempunyai asas di bawah kesalahan, pihak SPRM bersedia mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang," kata Simi.
Beliau turut menafikan SPRM tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kes berkenaan.
Malah katanya, SPRM telah mengambil tindakan proaktif sebaik sahaja isu penubuhan DEIG ini dilaporkan media pada 19 Ogos lalu dengan menemubual beberapa saksi serta mengambil dokumen berkaitan.
Berhubung isu zakat yang dikaitkan dengan DEIG, SPRM katanya, telah menjalankan siasatan sejak Julai lalu dan siasatan tersebut masih lagi dijalankan.
SPRM sebelum ini didesak pelbagai pihak supaya menjalankan siasatan bagi meneliti kemungkinan wujudnya amalan penyalahgunaan kuasa dalam pemindahan aset Perbadanan Menteri Besar (MBI) kepada Darul Ehsan Investment Group (DEIG) bernilai kira-kira RM30 bilion.
Bagaimanapun, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata kewujudan DEIG diketahui semua Adun Selangor sejak awal penubuhannya dan sebarang keraguan mengenai kewujudan entiti itu tidak sepatutnya ditimbulkan kerana maklumat mengenainya dibentangkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ogos lepas.
Azmin juga dilaporkan berkata entiti yang ditubuhkan untuk mengurangkan impak dan risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri itu masih belum memulakan operasi malah tidak terlibat dengan mana-mana transaksi sehinggalah pada awal 2016.
Ashwad Ismail
Fri Sep 11 2015
Perkara itu disahkan oleh Pengarah SPRM Selangor Datuk Simi Abdul Ghani dalam satu kenyataan media hari ini. - Gambar Fail
Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya
Percubaan membunuh Trump kali pertama berlaku semasa kempen di Pennsylvania pada 13 Julai 2024.
AWANI Ringkas: DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan.
Kereta dipandu warga emas rempuh kedai
Siasatan awal mendapati seorang wanita warga emas yang memandu kereta parkir di hadapan kedai Ekonomic Market tanpa mematikan enjin.
Gempa bumi 7.6 skala Richter dilapor berhampiran Pulau Cayman
Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter direkodkan berhampiran Pulau Cayman, dengan amaran tsunami masih berkuat kuasa.
Setia City Mall beroperasi semula selepas insiden tembakan
Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung, penyewa dan pekerja mereka adalah keutamaan pihaknya.
Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda
Muay Thai terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sukan tempur pilihan apabila semakin ramai anak muda menunjukkan minat terhadap sukan itu.
Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Semakan mendapati himpunan berkenaan diadakan jam 8.10 pagi.
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
DEIG tidak langgar Akta SPRM 2009, kata SPRM
Perkara itu disahkan oleh Pengarah SPRM Selangor Datuk Simi Abdul Ghani dalam satu kenyataan media hari ini.
Adun BN Selangor kesal masih tiada siasatan, tindakan ke atas DEIG
Adun BN Selangor kesal kerana mendakwa masih tiada sebarang siasatan pihak berkuasa terhadap penubuhan Darul Ehsan Investment.
DEIG: Tony Pua digesa jalankan tanggungjawab sebagai anggota PAC
Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini digesa menjalankan tanggungjawab sebagai anggota panel Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara untuk menyiasat penubuhan Darul Ehsan Investment Group.
DEIG: 'Lebih 70 syarikat bawah Kerajaan Selangor berisiko' - Sohaimi
Kata Sohaimi kerajaan negeri kini perlu memberi penjelasan dan menjawab persoalan rakyat terhadap penubuhan syarikat kontroversi itu.
Kerajaan negeri Selangor perlu beri penjelasan DEIG kepada rakyat - Hishammuddin
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata langkah itu perlu berikutan rakyat mahukan kebenaran seperti mana yang berlaku dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Penubuhan DEIG cetus kebimbangan BN Selangor
Penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) oleh kerajaan negeri Selangor bagi menstruktur pelaburan 12 entiti yang berada di bawah Menteri Besar Incorporated menimbulkan tanda tanya bagi ADUN BN.