Syarul Ema Rena Abu Samah yang turut dikenali dengan gelaran 'Ratu Naga' di alam maya, hari ini, membuat 'sumpah laknat' bahawa dia tidak mengenali pengaturcara komputer bebas bernama Azharuddin Othman.
Menurut laporan Malaysiakini, Syarul Ema Rena turut menjunjung Al-Quran semasa membuat sumpah itu.
“Saya tak kenal budak itu (Azharuddin). Saya cuma kenal Chegubard.
“Kalau saya bohong saya akan dilaknat,” katanya dalam sidang media, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
Laporan itu juga berkata Syarul Ema Rena, yang didakwa ‘membeli’ maklumat pangkalan data dari Azharuddin untuk tujuan mencapai sasaran lebih sejuta untuk ‘Deklarasi Rakyat’, menyifatkan apa yang berlaku sebagai “perang psikologi bodoh”.
BACA: Pengaturcara komputer dakwa diupah palsukan tandatangan Deklarasi Rakyat
Pada Khamis, Azharuddin mendakwa lebih sejuta maklumat pangkalan data telah digunakan bagi tujuan memalsukan tandatangan rakyat dalam 'Deklarasi Rakyat'.
Azharuddin, dalam akuan bersumpahnya mengaku membekalkan data yang diperlukan kepada Syarul Ema Rena untuk bayaran RM5,000 yang dijanjikan kepadanya.
Jelas Azharuddin, selepas semuanya selesai, dia hanya mendapat RM1,000 sahaja dan sehingga kini belum mendapat baki bayaran yang dijanjikan.
Menurut Azharuddin, dia menggunakan pangkalan data pilihan raya yang mengandungi maklumat pengundi yang dikongsikan antara kumpulannya.
Azharuddin yang berasal dari Terengganu berkata dia mengenali Syarul Ema Rena melalui seorang kawan, pernah jumpa berdepan dan berkomunikasi melalui Whatsapp.
Pada 13 Mei lepas, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Deklarasi Rakyat-Selamatkan Malaysia telah melepasi sasaran 1.2 juta tandatangan selepas hanya dua bulan dilancarkan.
Astro Awani
Fri May 27 2016

Syarul Ema Rena Abu Samah yang turut dikenali dengan gelaran 'Ratu Naga' di alam maya, hari ini, membuat sumpah laknat bahawa beliau tidak kenal pengaturcara komputer bebas bernama Azharuddin Othman.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Akuan bersumpah palsu, Chegubard buat laporan kepada SKMM
Laporan berhubung penyebaran akuan bersumpah palsu oleh beberapa laman facebook pro-'Deklarasi Mahathir.'

Pemalsuan SD: 'SAMM akan buat laporan polis' - Chegu Bard
Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin ia akan membuka kepada siasatan oleh forensik polis mengenai SD berkenaan.

Deklarasi Rakyat: 'Ratu Naga' sumpah laknat tidak kenal Azharuddin
Syarul Ema Rena Abu Samah yang turut dikenali dengan gelaran 'Ratu Naga' di alam maya, hari ini, membuat sumpah laknat bahawa beliau tidak kenal pengaturcara komputer bebas bernama Azharuddin Othman.

Pengaturcara komputer dakwa diupah palsukan tandatangan Deklarasi Rakyat
Azharuddin Othman dalam akuan bersumpahnya mengaku membekalkan data yang diperlukan kepada Syarul Ema Rena Abu Samah yang dikenali dengan gelaran 'Ratu Naga'.