SHAH ALAM: Satu deklarasi bagi menyampaikan hasrat dan impian golongan wartawan berhubung masa depan negara akan diumumkan semasa penganjuran Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 di Melaka pada 29 Mei depan.
Presiden Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami) Datuk Mokhtar Hussain berkata untuk tujuan itu satu jawatankuasa kecil akan ditubuhkan bagi merangka deklarasi berkenaan.
"Perkara-perkara dalam deklarasi itu merujuk kepada pandangan dan hasrat wartawan, serta apa aspirasi mereka terhadap Malaysia yang lebih makmur dan lebih bersatu," katanya kepada media di sini hari ini.
"Apa yang penting kita nak tunjukkan bahawa wartawan di Malaysia ada solidariti. Kita inklusif, bukan sahaja media arus perdana, tetapi termasuk portal-portal berita pelbagai bahasa termasuk dari Sabah dan Sarawak," katanya.
Terdahulu, Mokhtar mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Hawana 2022 yang disertai wakil-wakil media dari seluruh negara.
Iswami dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan menjadi penggerak utama penganjuran Hawana 2022 yang turut melibatkan organisasi, persatuan dan pengamal media yang lain.
Tokoh wartawan Tan Sri Johan Jaaffar, yang menghadiri mesyuarat itu berkata 'Deklarasi Melaka' itu penting sebagai penanda kecemerlangan dunia kewartawanan di Malaysia, sekali gus memastikan penganjuran Hawana 2022 mempunyai impak terhadap golongan wartawan dan industri media negara.
Katanya penganjuran Hawana 2022 juga akan mempunyai pengisian bermakna dengan ilmu kewartawanan serta perkembangan terkini industri media bagi golongan wartawan menambah ilmu dan membina rangkaian dalam kalangan wartawan termasuk peringkat antarabangsa.
Mengulas lanjut, Mokhtar berkata Hawana 2022 akan dimulakan dengan Konvensyen Media pada 28 Mei bagi membincangkan hala tuju dan masa depan media, terutamanya apabila berhadapan dengan perubahan teknologi dan persekitaran yang semakin mencabar.
"Pada sebelah malamnya kita akan mengadakan Jamuan Malam Gala dan akan menjemput Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam," katanya.
Mokhtar berkata Hawana 2022 akan dirasmikan pada 2 petang 29 Mei, di sebuah hotel di Melaka dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengesahkan kehadiran beliau untuk merasmikan acara berkenaan.
Selain itu, katanya 17 pemimpin utama media dari Indonesia turut diundang untuk menghadiri Hawana 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022

'Deklarasi Melaka' disifatkan penting sebagai penanda kecemerlangan dunia kewartawanan di Malaysia, sekali gus memastikan penganjuran Hawana 2022 mempunyai impak terhadap golongan wartawan dan industri media negara. - Gambar/ Iswami

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Deklarasi wartawan bakal diumum pada Hawana 2022
Satu deklarasi bagi menyampaikan hasrat dan impian golongan wartawan berhubung masa depan negara akan diumumkan semasa penganjuran Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 di Melaka pada 29 Mei depan.

Akta Antiberita Tidak Benar digazet hari ini
Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara awal bulan ini, digazetkan hari ini.