KUALA LUMPUR: Kertas cadangan untuk dekriminalisasi bunuh diri kini dalam peringkat akhir di Jabatan Peguam Negara, sebelum ia dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, dekriminalisasi atau penyingkiran hukuman jenayah atas percubaan bunuh diri merupakan sesuatu yang sentiasa beliau ingin lakukan sejak dilantik menjadi Menteri Kesihatan.
Khairy berkata, perbuatan atau cubaan membunuh diri tidak wajar untuk diletakkan di bawah kategori jenayah, sebaliknya ia wajar ditangani dengan kaedah intervensi klinikal.
“Semalam (10 Sept) merupakan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia. Sesuatu yang ingin saya lakukan sejak menjadi Menteri Kesihatan ialah dekriminalisasi bunuh diri. Ada orang bertanya di media sosial apa jadi dengan kertas kabinet yang saya umumkan sebelum ini.
“Saya rasa ia kini di peringkat akhir (di AGC) untuk disiapkan, sebelum dibentangkan ke Kabinet. Dekriminalisasi bunuh diri sahaja bukan lah penyelesaian tuntas, tetapi ia adalah satu kenyataan dengan niat. Ini bukan jenayah, tetapi satu isu mental.
“Jadi anda mengetahui seseorang cuba bunuh diri, dan anda tahu jawapan untuk menangani masalah ini bukan dengan menahan mereka, atau menghadapkan mereka ke sistem keadilan jenayah, tetapi sebenarnya dengan membantu mereka mendapat intervensi klinikal di Kementerian Kesihatan Malaysia,” tegasnya lagi.
Khairy berkata demikian ketika berucap melancarkan Konferens Perubatan Psikologi Malaysia 2022, serta Garis Panduan Klinikal untuk Pengurusan Dementia (Edisi Ketiga), dan Pengurusan Skizofrenia (Edisi Kedua).
Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya akan terus mengadakan kempen kesedaran di peringkat awam untuk menormalisasi perbincangan tentang masalah kesihatan mental, dan kaedah untuk rawatan sewajarnya.
“Satu inisiatif yang ingin saya kongsikan ialah KKM bermula bulan ini telah mula melatih pemberi respons pertama seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, bagaimana untuk menangani masalah mental, dan bunuh diri.
“Supaya mereka lebih arif dan cekap untuk menangani masalah itu. Kerana ada cara yang lebih sesuai untuk memberi respons terhadap kes sebegini. Jadi ini adalah sesuatu yang besar, dan kita akan terus mengadakan latihan ini,” katanya lagi.
Selain itu Khairy berkata, beliau juga berjaya mendapatkan dana bagi Pusat Kesihatan dan Pembangunan Mental Masyarakat, yang diyakini mampu membantu petugas klinik, serta melihat strategi tentang kaedah menangani isu mental dengan lebih berkesan.
Firdaus Azil
Sun Sep 11 2022

Khairy berkata, cubaan membunuh diri tidak wajar diletakkan di bawah kategori jenayah, tetapi wajar ditangani dengan intervensi klinikal. - Bernama

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.