PUTRAJAYA: Satu delegasi lima Ahli Parlimen Malaysia, yang diketuai oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin, sedang dalam lawatan khas ke Mesir dari 21 hingga 24 Feb untuk mempamerkan sokongan penuh Malaysia terhadap isu Palestin.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata delegasi itu termasuk Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang/PKR), Ahmad Tarmizi Sulaiman (Sik/PAS), Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Kalabakan/UMNO) dan Senator Datuk Dr Mohd Hattta Md Ramli (AMANAH).
Menurut Wisma Putra, delegasi itu akan membuat lawatan ke lintasan Rafah-Gaza, di mana bekalan kecemasan dan bantuan kemanusiaan dari Malaysia disalurkan ke Gaza.
"Penyelarasan ini dilakukan dengan kerjasama rapat bersama Kerajaan Mesir dan Ops Ihsan," menurut kenyataan itu.
Menurut Wisma Putra, antara program lain termasuk kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Luar Mesir, Hamdi Loza, pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Bulan Sabit Merah Mesir (ERC), Dr. Rami Al Nazer dan lawatan ke hospital seliaan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS).
"Intipati perbincangan adalah mengenai kerjasama Malaysia untuk membantu rakyat Palestin di Gaza termasuk yang memerlukan rawatan perubatan di Mesir," katanya.
Kementerian itu berkata satu acara simbolik penyerahan sumbangan rakyat Malaysia akan diberikan kepada ERC dan PRCS dengan masing-masing berjumlah US$250,000 (RM1.2 juta) dan US$500,000 (RM2.4 juta).
Wisma Putra berkata sejumlah 100 tan bantuan kemanusiaan bernilai RM5.6 juta (USD1.2 juta) telah tiba di Lapangan Terbang El-Arish, Mesir pada November dan Disember tahun lepas.
Barangan yang dihantar merangkumi ubat-ubatan, peralatan perubatan, makanan dan bekalan musim sejuk seperti selimut, khemah dan pakaian.
Menurut Wisma Putra, bantuan kemanusiaan itu berjaya dilaksanakan dengan sumbangan orang ramai, agensi dan syarikat Malaysia kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024

Menurut Wisma Putra, delegasi itu akan membuat lawatan ke lintasan Rafah-Gaza, di mana bekalan kecemasan dan bantuan kemanusiaan dari Malaysia disalurkan ke Gaza. - Gambar fail

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Delegasi MP Malaysia lawat Mesir pamer sokongan isu Palestin
Satu delegasi lima Ahli Parlimen Malaysia sedang dalam lawatan khas ke Mesir untuk mempamerkan sokongan penuh Malaysia terhadap isu Palestin.