KUCHING: Varian Delta COVID-19 kini dikenal pasti sebagai varian dominan yang menjangkiti penduduk di Sarawak, demikian menurut Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Pengarahnya, Prof Dr David Perera berkata setakat 17 Ogos lepas, institut itu telah melakukan penjujukan genom pada 220 kes positif dengan 179 tambahan varian membimbangkan (VOC) dan varian mempunyai kepentingan (VOI) telah dikesan daripada kes itu.
"Daripada jumlah VOC/VOI ini, 178 adalah varian Delta manakala satu lagi adalah daripada satu kes dikenali VOI Indonesia yang dikesan di Bintulu baru-baru ini.
"Secara keseluruhan, kadar pengesanan varian Delta adalah 82 peratus yang diperhatikan dalam laporan ini, menunjukkan peningkatan daripada 73 peratus yang dilaporkan pada 17 Ogos lalu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sejak wabak COVID-19 melanda negara tahun lepas, IHCM berada di barisan hadapan melawan pandemik di negeri ini, ditugaskan dengan menguji sampel dan analisis penjujukan genom untuk mengesan perubahan dalam virus itu.
Dr Perera berkata hampir semua jujukan kes di bahagian Kuching adalah varian Delta dengan kadar pengesanan 99 peratus (68 daripada 69 jujukan kes).
"Kadar pengesanan varian Delta yang tinggi turut dikesan di bahagian Samarahan iaitu 93 peratus (38 daripada 41 kes) dan di bahagian Serian dengan 95 peratus (16 daripada 17 kes).
"Peningkatan ketara pada kadar pengesanan varian Delta yang tinggi juga didapati di Bintulu dengan 84 peratus (20 daripada 24 kes), Miri pada kadar 65 peratus (9 daripada 14 kes) dan Sibu sebanyak 60 peratus (16 daripada 27 kes)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 28 2021

Kadar pengesanan varian Delta adalah 82 peratus yang mana meningkat berbanding 73 peratus yang dilaporkan pada 17 Ogos lalu. - Gambar hiasan
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Tiada varian Mu, Lambda dikesan di Malaysia setakat ini - Khairy
Ujian ke atas sampel di Malaysia yang menjalani aktiviti jujukan genom setakat ini dikenal pasti sebagai varian Delta.

Varian Delta COVID-19 dominan di Sarawak - Dr David Perera
Varian Delta COVID-19 kini merupakan varian dominan di Sarawak apabila 303 kes dikesan daripada 307 kes yang menjalani penjujukan genom setakat 31 Ogos lalu.

Varian Mu telah merebak ke 39 negara, ini apa yang diketahui setakat ini!
Varian Mu pertama kali dikesan di Colombia pada Januari 2021 itu dan masih diklasifikasikan sebagai 'variant of interest' (VOI).

Delta kini varian dominan di Sarawak
Varian Delta COVID-19 kini dikenal pasti sebagai varian dominan yang menjangkiti penduduk di Sarawak.

COVID-19: FDA AS beri kelulusan penuh penggunaan vaksin Pfizer
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menggesa individu yang belum divaksinasi untuk segera mendapatkan suntikan di tengah-tengah penularan varian Delta.

Varian Delta: Pembiakan di hidung mungkin akibat perubahan biologi terhadap vaksin
Pembiakan varian Delta yang dikatakan merebak menerusi hidung berkemungkinan berpunca akibat perubahan ciri-ciri biologi terhadap vaksin.

COVID-19: KKM sahkan 43 lagi varian Delta, keseluruhan kini 467 kes
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 43 kes COVID-19 baharu membabitkan varian Delta, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sarawak catat kes varian Delta tertinggi di seluruh negara
Sarawak mencatatkan kes jangkitan varian Delta COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 272 kes dilaporkan.

COVID-19: Varian Delta kini strain dominan di Thailand
Varian Delta kini strain COVID-19 yang paling dominan di Thailand, menyumbang lebih 90 peratus jangkitan baharu sejak minggu lalu.

Parlimen: Lima sampel disahkan varian Delta - Dr Noor Hisham
Lima sampel kes positif COVID-19 hasil ujian saringan di Parlimen baru-baru ini disahkan adalah varian delta.