BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Namun, berat manapun rasanya di mata anda, hakikatnya lebih berat beban dipikul mereka yang ditimpa musibah, kadangkala langsung tidak mampu diungkap perasaannya.
Daripada bahasa badan, riak wajah dan renungan mereka, tersembunyi kesedihan yang disorok serapi mungkin, sebaliknya ditonjolkan pula kekuatan demi nampak 'gagah' di hadapan insan tersayang.
Mungkin itulah yang cuba diserlahkan pasangan Misron Selamat, 54, dan Norsila Zulkamal, 50, dari Sungai Serai, Hulu Langat.
Bengkel motosikal mereka yang diusahakan sejak puluhan tahun lepas merupakan antara mangsa 'dahsyatnya' banjir di Hulu Langat.
Sibuk membersihkan bengkel, kadangkala Misron menggaru kepalanya yang tidak gatal, hanya reaksi spontan tatkala otak ligat berfikir apa mahu dibuat dan apa pula nasibnya kelak.
Hari pertama melihat bengkelnya musnah, bapa kepada tujuh anak itu mengakui hampir hilang semua semangatnya.
"Memanglah mula-mula ni semangat dah tiada, nak fikir pun malas... tapi memandangkan nak teruskan hidup, nak kena teruskan jugalah, nak kena kuat, nak buat macam mana.
"Kena kembalikan semangat dululah, buka kedai balik, buat rumah balik... demi anak-anak sebab anak-anak ramai lagi masih sekolah.
"Tak boleh buat apa dah, kena kuat jugalah," kata Misron ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.
[LAPOR LANGSUNG] MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di beberapa negeri
Perasaan apa saja tidak menerjah sanubarinya. Sedih, terkilan, kecewa, namakan saja, semuanya bercampur dan kadangkala terasa hendak menangis.
Namun, demi anak dan keluarga, Misron menanam tekad baharu, bangkit semula walau besar dugaan melanda.
Penghujung tahun 2021 mungkin amat pahit buatnya namun sinar harapan tetap bercahaya untuk 2022.
"Rasa sedih, menangis... sampai nak buka pintupun (pintu bengkel) tak sanggup, tengok barang sana, tengok barang sini.
"Kecewalah tapi apa boleh buatkan, semua orang kena, satu Hulu Langat kena. Jadi tiadalah ambil hati sangat, kita buat sama-sama," ujarnya.
Kata-katanya mungkin bernada sedih dan kecewa namun lontaran suaranya disulami kekuatan untuk menempuh cabaran mendatang.
Dugaan mereka sebenarnya berganda, bukan hanya bengkel, rumah malah kereta juga rosak akibat banjir kerana semuanya di lokasi berdekatan.
Dalam bulan Disember 2021, sudah tiga kali rumah mereka dinaiki air.
Bagi isterinya, Norsila, berpindah terus mungkin bunyinya lebih baik namun hakikatnya, keadaan belum mengizinkan buat mereka.
"Kalau ikut anak-anak, memang mereka nak pindah tapi rezeki kita di sini. Cari di sini, buat di sini. Selagi anak-anak sekolah, inilah tempat nak cari rezeki.
"Tempat lain belum tentu lagi apa nasib kami. Pelanggan suami pun banyak di sini. Jadi kalau kita pergi tempat lain, nak cari pelanggan lain (susah).
"Buat masa ini, menetap di sini dulu, terima saja dugaan apa yang Allah bagi. Berat sangat kali ini Allah bagi tapi kita kena redalah dengan ketentuan Allah," katanya dalam nada sebak.
Kisah mereka sebenarnya ibarat setitis air di lautan kerana bukan hanya mereka, ramai lagi rakyat Malaysia berdepan situasi sama, bahkan ada yang lebih sukar akibat banjir besar yang mengejutkan negara Disember lalu.
Begitulah realitinya.
Realiti pahit yang hampir setiap tahun disajikan berita hampir serupa dan dari tahun ke tahun juga, kisahnya sentiasa ada, penyelesaiannya saja masih belum jumpa.
Bagi anda yang ingin membantu, bolehlah salurkan bantuan anda kepada akaun Maybank Norsila Zulkamal (Nombor akaun: 1142 8113 5706).
Semoga sumbangan anda sedikit sebanyak meredakan gundah mereka sekeluarga.
Ridauddin Daud
Sun Jan 02 2022
Bengkel motosikal Misron dan Norsila yang diusahakan sejak puluhan tahun lepas merupakan antara mangsa 'dahsyatnya' banjir di Hulu Langat. - Gambar/ Astro AWANI
Jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump
“Saya mohon kerajaan mempertimbangkan tuntutan pesawah”- YB Jerlun
Ahli Parlimen Jerlun mencadangkan kerajaan mempertimbangkan tuntutan pesawah dengan mengekalkan subsidi, menaikkan harga padi, kekalkan kadar potongan padi semasa, salurkan benih padi dan baja kepada agensi kerajaan dan mengenal pasti orang dalam agensi kerajaan agar tidak menjadi tali barut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU
KPDN bersama Kementerian Perdagangan Turkiye, bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang akan memantau aspek pelaksanaan MoU yang dimeterai kedua-dua pihak.
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Rakyat Israel berhimpun di Tel Aviv selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengancam untuk menyambung serangan di Gaza jika Hamas tidak membebaskan tebusan Israel.
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.
Kementerian pendidikan tidak kompromi isu murid cicir
Beberapa langkah telah diambil secara proaktif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani isu keciciran pelajar, antaranya Program Ziarah Cakna, penyediaan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC), modul Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI), serta modul kajian kes dan amalan terbaik.
Kerajaan belum beri lesen operasi kepada tiga syarikat
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor.
[TERKINI] Cuaca panas dan kering di utara Semenanjung
Cuaca panas dan kering melanda kebanyakan lokasi di utara Semenanjung, termasuk Perak, Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu
Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom akan kekal beraksi dalam acara keirin dan pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
Sistem perparitan tidak diselengara didakwa punca banjir kilat Hulu Langat
Penduduk mendakwa, masalah berkenaan tidak diberi perhatian serius sebelum ini sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan lebat berlaku lebih daripada empat jam.