BUKAN sebuah keputusan yang mudah namun kerana sikap profesional dan tanggungjawab terhadap tugas, pemain gitar bass kumpulan Wings, Eddie tetap ikut melakukan persembahan sehari selepas isterinya meninggal dunia.
Isteri Eddie, Allahyarham Norlela Mohd Yusof menghembuskan nafas terakhir kerana komplikasi buah pinggang sekitar pukul 2.10 petang Jumaat di Hospital Ampang.
Wings pula menjadi headliner pada malam pertama NUSA FEST yang berlangsung pada Sabtu di Bandar Malaysia.
Namun Eddie buat keputusan untuk ikut serta dalam persembahan bersama anak perempuannya Bila, dan menyifatkan ia sebagai tanggungjawab selain tidak mahu mencampuradukkan urusan luar dengan kerja.
“Ini tanggungjawab saya sebagai pemuzik. Apa masalah yang timbul di luar, saya tidak boleh campur adukkan, jadi saya fokus malam tadi.
“Apa lagi apabila semua rakan (Wings) membantu pengurusan arwah di hospital sampai kebumi, itu membuat saya lebih kuat.
“Saya bersedia dan saya reda, alhamdulillah,” ujar Eddie yang ditemui di belakang pentas usai Wings membuat persembahan penutup pada malam pertama NUSA FEST.
Eddie juga memberitahu Bila mengikut keputusan yang dibuatnya lalu turut serta menjadi penyanyi latar Wings pada malam tersebut.
“Bila memang ikut saya. Dia kata kalau daddy tak ada, dia pun tak ikut. Dia tulang belakang saya sekarang ini,” tambah Eddie lagi dalam nada sebak.
Mengulas sedikit tentang kenangan terakhir bersama isteri, Eddie memberitahu Allahyarham tahu dia akan membuat persembahan di NUSA FEST dan telah dirawat selama dua minggu di hospital.
“Isteri tahu Wings terbabit dengan NUSA FEST. Arwah berada di hospital dan saya juga Bila bergilir menjaganya.
"Bila datang jaga tengah hari, saya petang dan begitulah rutin kami selama dua minggu sejak arwah dimasukkan ke hospital,” kata Eddie.
Sementara itu vokalis Wings, Datuk Awie mendedahkan Allahyarham meminta maaf setiap hari kepada Eddie sepanjang menerima rawatan di hospital.
“Apa yang saya tahu arwah minta maaf setiap hari kepada Eddie,” katanya.
Awie juga memberitahu tidak memaksa Eddie untuk ikut bermain pada malam tersebut dan bersedia mencari pengganti.
“Sebenarnya kami tahu kalau Eddie tak sedia, kami cari pengganti, kami tidak memaksa.
“Saya risau dari sudut kesihatan dan emosi beliau terganggu atau berlaku benda tak elok atas pentas,” ujarnya.
Meski memberitahu hanya memberi 50 peratus ‘tenaga’ persembahan kerana kesemua anggota Wings masih berduka, namun persembahan kugiran rock tanah air ini tetap mendapat sambutan hangat.
Wings mempersembahkan lagu hit mereka seperti Jerangkung Dalam Almari, Sejati dan lagu Harapan yang ditujukan buat Eddie. -Gempak
Gempak
Sun Jul 09 2023
Awie (kiri) memberitahu tidak memaksa Eddie (tengah) untuk ikut bermain pada malam tersebut, namun dia reda dan teruskan juga demi tanggungjawab sebagai pemuzik. -Gempak
AWANI Ringkas: Bilangan mangsa di PPS berkurangan setakat 8 pagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aliff cipta sensasi tumbangkan Shamil Adukhov pada pusingan pertama
ATLET Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mencipta sensasi apabila menumbangkan petarung dari Rusia, Shamil Adukhov dalam aksi One Fight Night 28 pada Sabtu.
PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.
PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Kajian menunjukkan kebanyakan negara menggunakan uniform celoreng tentera berbanding uniform seragam alternatif.
Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.
Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB
20 juta daripada 30 juta orang positif HIV di seluruh dunia bergantung kepada bantuan AS untuk mendapatkan rawatan.
Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen
Jabatan Imigresen berjaya merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield.
Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melakukan perjalanan ke DRC dinasihatkan agar menangguhkan rancangan perjalanan mereka.
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.
AWANI Ringkas: Gangguan seksual polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Sejarah akan tercipta' - Konsert TRIAD bakal lakar nama dalam MBOR
Tiga kumpulan ikonik itu yang pernah dikemudi Awie ialah Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.
Rock Warrior Music Festival, acara muzik epik untuk semua peminat rock
Menampilkan band rock terkemuka seperti Wings, Search (KidDin), dan XPDC, festival ini bertujuan menghidupkan kembali era kegemilangan muzik rock.
PRK Nenggiri: Awie ikrar beri khidmat kepada rakyat tanpa mengira warna politik
Mohd Azmawi berkata tanggungjawab itu pastinya akan digalas sebaik mungkin kerana telah dipilih sebagai wakil kepada semua penduduk di DUN berkenaan.
'Saya hilang banyak masa bersama keluarga' – Awie tutup karier solo dengan konsert Journey
Keputusan tersebut dibuat bagi mengurangkan beban komitmen sebagai anak seni dan memberikan lebih tumpuan terhadap keluarga.
Awie mahu kotakan janji, jaga kesihatan demi keluarga
Awie berkongsiperkembangan terkini keadaan kesihatannya selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian pinggangnya, pada tahun 2021.
Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.
Saya tak takut dibenci penonton kerana watak jahat - MK K-Clique
Selain Ben dan MK K-Clique, filem arahan sulung Awie itu turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.
Rebel: Tak adil kalau tak tengok, dengar komen orang dari luar saja - Awie
Awie memberitahu kisah perjuangan berkaitan kumpulan pertubuhan yang cuba diketengahkan itu sudah lama ada di dalam masyarakat, cuma tidak diketahui saja pergerakannya.
Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan
Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
'Ini tanggungjawab besar' - Awie kini bergelar pengarah filem aksi
Biarpun idea dan cerita asal filem Rebel ini adalah cetusan daripada dirinya sendiri, Awie menyatakan jalan ceritanya langsung tiada berkaitan dengan mana-mana pihak atau pertubuhan.