Bermula hari ini, orang ramai yang gagal melaksanakan pengasingan sisa pepejal di punca bakal berdepan tindakan denda.
Ia berikutan penguatkuasaan pengasingan sisa pepejal di punca di enam negeri iaitu Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah, juga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, penguatkuasaan itu akan dijalankan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCop).
Beliau berkata, penguatkuasaan itu bertujuan memastikan pelaksanaan inisiatif pengasingan sisa pepejal di punca dilaksanakan sepenuhnya oleh orang ramai.
"Sepertimana yang kita tahu, mereka yang melanggar peraturan ini akan dikenakan denda atau kompaun bermula dengan RM50 bagi rumah atas tanah atau teres. RM50 utk kesalahan pertama, RM100 utk kesalahan kedua, RM500 untuk kesalahan ketiga.
"Untuk rumah bertingkat seperti PPR (projek perumahan rakyat) ini, kita akan kenakan kompaun RM100 bagi kesalahan pertama, RM200 bagi kesalahan kedua, dan ketiga RM500," kata Abdul Rahman.
Beliau ditemui ketika meninjau operasi penguatkuasaan tersebut di projek perumahan rakyat di ibu negara.
Menurutnya, usaha sedang dibuat menerusi penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, Akta 672.
Bagaimanapun, katanya, insiatif itu tidak akan dilaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang yang tidak menerima pakai akta tersebut.
Astro Awani
Wed Jun 01 2016

Penguatkuasaan pengasingan sisa pepejal di punca dilaksana bermula hari ini di enam negeri. -Gambar hiasan

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

CIDB laksana lebih 1,500 operasi penguatkuasaan dari Januari-April
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah melaksanakan 1,528 operasi penguatkuasaan di tapak pembinaan di seluruh negara dari Januari hingga April tahun ini.

1,000 penguat kuasa KKM pantau penyediaan, kebersihan makanan di bazar Ramadan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menggerakkan kira-kira 1,000 penguat kuasanya untuk memantau penyediaan dan kebersihan makanan di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini.

Wanita Indonesia jadi mangsa buruh paksa diselamatkan
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Sembilan menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi kerja di sebuah rumah di Port Dickson, dua hari lepas.

Penguat kuasa Jabatan Kesihatan KL, Putrajaya mula guna kamera badan
Anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mengaplikasi penggunaan kamera badan dalam Operasi Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau.

Cuti anggota JPJ seluruh negara dibeku sehingga 8 Feb
Kesemua cuti 2,500 anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara dibekukan sebagai persiapan bagi penugasan sepanjang tempoh penguatkuasaan khas sempena Tahun Baharu Cina.

Durian Musang King: Operasi tidak langgar perintah mahkamah, bukan isu perkauman
Operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub tidak melanggar perintah Mahkamah Rayuan.

Gagal patuh SOP penginapan pekerja, 23 majikan didakwa setakat ini
Kebanyakan majikan yang didakwa itu didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penginapan pekerja, antaranya menempatkan terlalu ramai pekerja di dalam sebuah bilik.

PATI: Dalang di Sabah akan diburu - Mohd Azis
Pesisir pantai di timur Sabah yang luas sepanjang 1,700 kilometer, menyebabkan wujudnya laluan tikus, yang digunakan dalang dari dalam negara, membawa masuk PATI.

MPSP pintas aktiviti ceroboh tanah kerajaan untuk dijadikan plot perkuburan
Operasi dilaksanakan di satu kawasan tanah milik kerajaan negeri seluas 71.2 hektar yang dikenali sebagai Lot 248.

Denda hingga RM500 jika gagal laksana pengasingan sisa pepejal di punca
Penguatkuasaan pengasingan sisa pepejal di punca dilaksana di enam negeri iaitu Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah serta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.