KUALA LUMPUR: Masyarakat perlu menghormati perasaan individu yang mengalami tekanan perasaan dengan mendengar luahan tanpa prasangka atau memandang remeh masalah mereka untuk membantu golongan ini meneruskan kehidupan.
Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Dr Azmawaty Mohamad Nor berkata persepsi negatif akan menjadikan golongan ini kian takut untuk meluahkan perasaan, sekali gus menyebabkan mereka mengasingkan diri serta meningkatkan risiko cubaan membunuh diri.
"Mereka rasa apa yang mereka buat orang akan pandang (negatif) dan ciri-ciri yang kita risaukan apabila mereka mula mengasingkan diri, mula berasa hidup ini sudah tidak bermakna dan cuba membunuh diri.
"Timbul rasa mahu bunuh diri apabila bagi mereka sudah tidak ada jalan keluar mahupun ruang untuk bercerita," katanya ketika ditemu bual dalam program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV di sini pada Isnin.
Berikutan itu, beliau berkata langkah kerajaan memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan cubaan bunuh diri merupakan langkah terbaik dalam usaha membantu mereka yang terkesan tampil mendapatkan bantuan.
"Kita perlu merawat bukan menghukum kerana mereka ini yang terkesan, jadi jalan terbaik adalah dengan memberi ruang dan bantuan, bawa mereka untuk mendaptkan kaunseling kerana faktor tiada ruang dan akses menyebabkan mereka buntu, susah untuk keluar dari kepompong itu," katanya.
Azmawaty berkata banyak kajian sebelum ini menunjukkan bahawa kaedah mengenakan hukuman atas tindakan cubaan membunuh diri tidak dapat membantu menyelesaikan masalah sebaliknya menyebabkan mereka beranggapan sudah tiada ruang untuk bercerita serta meluahkan perasaan.
Pada tahun 2022 sebanyak 703,000 individu didapati membunuh diri setiap tahun dengan perbezaan hanya 40 saat bagi setiap satu kematian yang berlaku.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024

Masyarakat perlu menghormati perasaan individu yang mengalami tekanan perasaan dengan mendengar luahan tanpa prasangka atau memandang remeh masalah mereka untuk membantu golongan ini meneruskan kehidupan. - Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Dengar luahan bantu pesakit mental teruskan kehidupan - Pakar
Masyarakat perlu menghormati perasaan individu yang mengalami tekanan perasaan dengan mendengar luahan tanpa prasangka atau memandang remeh masalah mereka.

PKPD: Menara City One sunyi sepi, penduduk ibarat terpisah dari dunia luar
Meskipun didatangi berpuluh-puluh petugas kesihatan dari Kementerian Kesihatan, penduduk Menara City One berkata suasana di kondominium tersebut kini sunyi-sepi.