KUALA TERENGGANU: Sebanyak 45 kematian akibat denggi, dengan jumlah kumulatif sebanyak 63,966 kes demam itu direkodkan dalam tempoh Januari hingga pertengahan Julai tahun ini, menurut Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding tempoh sama tahun lepas, iaitu sebanyak 136.8 peratus bagi jumlah kematian, manakala peningkatan sebanyak 129.2 peratus bagi kumulatif kes.
"Bercakap mengenai kebersihan persekitaran, satu daripada penyakit yang sering menghantui kita ialah demam denggi. Dalam tempoh sama tahun lepas, jumlah kumulatif kes demam denggi yang direkodkan ialah 27,914 kes, melibatkan 19 kematian (Januari-Julai 2022).
"Dalam usaha menangani pembiakan Aedes, penjagaan persekitaran merupakan tanggungjawab kita bersama yang memerlukan penglibatan semua pihak," katanya ketika berucap pada Program MADANI Afiat dan One Hour Malaysia Clean Up peringkat negeri di Perumahan Rakyat Padang Hiliran di sini hari ini.
Dalam sidang media selepas program itu, Dr Zaliha memberitahu pihaknya juga sedang melihat keberkesanan inisiatif sedia ada iaitu operasi melepaskan nyamuk yang mengandungi bakteria Wolbachia yang merencatkan pertumbuhan virus denggi di dalam nyamuk seterusnya menghalang penyebaran virus denggi.
"Ada 28 kawasan yang sudah laksanakan. Kita lihat keberkesanannya agak besar dalam 30 hingga 100 peratus. Kita sedang melihat pelaksanaan program dalam setahun dua ini, kalau berkesan kita akan perluas terus ke seluruh negara," katanya.
Dr Zaliha berkata usaha pencegahan dan kawalan denggi juga turut diperkasakan dengan penglibatan sukarelawan MyCHAMPION COMBI yang mempunyai 31,065 ahli terdiri daripada kalangan komuniti di seluruh negara.
Beliau berkata sukarelawan tersebut berperanan memberi kesedaran kesihatan kepada orang ramai dan sebanyak 73,170 sesi lawatan premis telah dilakukan oleh sukarelawan tersebut setakat Jun tahun ini.
Katanya selain itu sebanyak 894 sesi gotong-royong melibatkan kehadiran lebih 44,000 masyarakat telah dilaksanakan di seluruh negara.
Dalam pada itu Dr Zaliha turut menyarankan semua jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan, komuniti dan sukarelawan di Terengganu menjadikan Sabtu minggu keempat setiap bulan sebagai hari membersihkan kawasan perumahan secara beramai-ramai ke arah membendung penularan kes denggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2023

Dr Zaliha memberitahu KKM sedang melihat keberkesanan inisiatif sedia ada iaitu operasi melepaskan nyamuk yang mengandungi bakteria Wolbachia yang merencatkan pertumbuhan virus denggi di dalam nyamuk. - Gambar fail

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.

Satu lagi kematian akibat denggi dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,624 kes pada Minggu Epidemiologi ke-41 (ME41) iaitu bagi tempoh 6 Okt hingga 12 Okt, berbanding 1,639 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME 37, tiada kematian dilaporkan
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.

Demam denggi meningkat, 5 lagi kematian direkod minggu lalu
Kes demam denggi dilaporkan terus meningkat kepada 2,805 kes pada Minggu Epidemiologi ke-27 (ME 27) iaitu bagi tempoh 30 Jun hingga 6 Julai lepas berbanding 2,788 kes pada minggu sebelumnya.

Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes
Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan.

2 kematian akibat denggi minggu lalu
Jumlah kes demam denggi dilaporkan berkurangan kepada 2,438 kes pada Minggu Epidemiologi ke-25 (ME25) iaitu bagi tempoh 16 hingga 22 Jun berbanding 2,900 kes pada minggu sebelumnya.

KKM tambah 9 lokaliti baharu pelepasan nyamuk 'berwolbachia' tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menambah sembilan lagi lokaliti bagi projek pelepasan nyamuk Aedes 'BerWolbachia' melibatkan beberapa negeri di Semenanjung.

Kes demam denggi menurun pada ME21, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 2,426 kes pada Minggu Epidemologi ke-21 (ME21) iaitu bagi tempoh 19 Mei hingga 25 Mei lepas.

Kes demam denggi di Kelantan dijangka meningkat semasa Aidiladha
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menjangka kes-kes demam denggi di negeri ini akan meningkat semasa musim perayaan Aidiladha pada bulan Jun ini.

4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.

Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.