IPOH: Sepasang suami isteri direman enam hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang meninggal dunia dipercayai didera.
Majistret S. Punitha membenarkan kedua-dua suspek yang merupakan ibu bapa angkat mangsa direman hingga Ahad bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, wanita berumur 27 tahun dan suaminya, 66, ditahan kira-kira jam 2.30 petang semalam.
Terdahulu, katanya, kira-kira jam 9.45 pagi, pihak polis menerima panggilan daripada pegawai perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, mengenai mangsa yang dibawa dari Taman Malkop, Silibin, ke wad kecemasan zon merah untuk bantuan kecemasan jantung dan pernafasan (CPR), namun kemudiannya disahkan meninggal dunia.
“Bertindak atas maklumat, pihak polis Daerah Ipoh telah pergi ke lokasi kejadian di sebuah rumah bagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, pemeriksaan ke atas tubuh mangsa terdapat kesan lebam di seluruh anggota badan dan disyaki telah dipukul menggunakan objek tumpul.
Tambahnya, hasil bedah siasat yang dijalankan pada jam 3.30 petang semalam mendapati punca kematian adalah disebabkan ‘multiple blunt injuries’.
Menurut Abang Zainal Abidin lagi, terdapat juga luka koyak dan lebam pada salur peranakan luar dan dubur mangsa.
Sehubungan itu, polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut agar tampil memberi keterangan kepada pegawai penyiasat, ASP Norazlina Rais Ahmad di talian 013-6282176 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Katanya, pihak polis memandang serius kejadian itu dan menyeru orang ramai supaya bersabar dalam apa juga keadaan dan tidak melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jun 11 2024
![Dera anak angkat hingga maut, suami isteri direman enam hari Dera anak angkat hingga maut, suami isteri direman enam hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718089503_dera.jpg)
Suspek wanita berumur 27 tahun dan suaminya, 66, ketika dibawa ke mahkamah bagi proses permohonan reman. -Astro AWANI
![ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739285769_TBISN.jpg)
ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet
Atlet turut berasakan teknologi yang sentiasa berkembang di ISN banyak membantu perjalanan karier mereka.
![Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739271831_ICQS.jpg)
Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
![Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719640936_TikTok.jpg)
Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok
Keluarga empat kanak-kanak itu telah memfailkan saman terhadap TikTok dan syarikat induknya, ByteDance, di Amerika Syarikat.
![Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak berkurangan kepada 1,109 orang malam ini Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak berkurangan kepada 1,109 orang malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739283754_banjir.jpg)
Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak berkurangan kepada 1,109 orang malam ini
Di Sabah, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 505 orang daripada 159 keluarga.
AWANI Ringkas: Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739269721_KPDNRampasan.jpg)
KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas pelbagai jenis aksesori pakaian tiruan bernilai RM72,767 di tiga premis berasingan sekitar Langkawi, semalam.
AWANI 7:45 [11/2/2025] – Tamatkan Konflik Palestin-Israel | Persepsi Rasuah Sektor Awam | Pemulihan Aset 1MDB Berterusan | Polis Yakin Dapat Tangkap Suspek
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Malaysia-Turkiye sepakat segerakan negara berdaulat Palestin, jadikan anggota PBB
- Malaysia kekal kedudukan ke-57 CPI 2024, segerakan reformasi tangani rasuah
- Walaupun DOJ dibubar, pemulihaan aset 1MDB diteruskan negara dunia
- Tekad buru suspek tembak di Setia Alam, sampai dapat
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Malaysia-Turkiye sepakat segerakan negara berdaulat Palestin, jadikan anggota PBB
- Malaysia kekal kedudukan ke-57 CPI 2024, segerakan reformasi tangani rasuah
- Walaupun DOJ dibubar, pemulihaan aset 1MDB diteruskan negara dunia
- Tekad buru suspek tembak di Setia Alam, sampai dapat
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
![AI pacu kecekapan dan keberkesanan industri, sektor pekerjaan perlu lebih bersedia - Pakar AI pacu kecekapan dan keberkesanan industri, sektor pekerjaan perlu lebih bersedia - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739267504_TBKHAIRIEAHMAD.jpg)
AI pacu kecekapan dan keberkesanan industri, sektor pekerjaan perlu lebih bersedia - Pakar
Kecerdasan buatan (AI) bukanlah ancaman besar kepada masyarakat kerana ia tidak akan mampu menggantikan tugas manusia.
![Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698815307_TBaluminium.jpg)
Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli
Trump turut menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tarif ke atas kereta, cip semikonduktor dan farmaseutikal.
![Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200 Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977625_YahayaOthmanjpg.jpg)
Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.
![Suami, isteri disyaki dera anak angkat hingga mati disambung reman Suami, isteri disyaki dera anak angkat hingga mati disambung reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718691780_dera.jpg)
Suami, isteri disyaki dera anak angkat hingga mati disambung reman
Reman pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes dera hingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, minggu lalu dilanjutkan selama lima hari.
![Dera anak angkat hingga maut, suami isteri direman enam hari Dera anak angkat hingga maut, suami isteri direman enam hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718089503_dera.jpg)
Dera anak angkat hingga maut, suami isteri direman enam hari
Wanita berumur 27 tahun dan suaminya, 66, ditahan kira-kira jam 2.30 petang semalam.
![Polis tahan wanita warga emas dera anak angkat Polis tahan wanita warga emas dera anak angkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642260483_WomenHancuffsGeneric.jpg)
Polis tahan wanita warga emas dera anak angkat
Wanita itu disyaki mendera anak angkatnya secara mengheret kanak-kanak itu dengan menarik rambutnya, di atas jalan berhadapan rumahnya di Tanjung Sepat, Kuala Langat.
![Dakwaan pukul anak angkat, usahawan kosmetik ditahan Dakwaan pukul anak angkat, usahawan kosmetik ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51545580172_handcuff.jpg)
Dakwaan pukul anak angkat, usahawan kosmetik ditahan
Polis telah mengambil keterangan usahawan kosmetik berkenaan berhubung kes itu pada Rabu lepas.
![Aliff Shukri disiasat atas tuduhan dera anak angkat Aliff Shukri disiasat atas tuduhan dera anak angkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71554376897_AliffSyukri.jpg)
Aliff Shukri disiasat atas tuduhan dera anak angkat
Polis sedang menyiasat usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri atas tuduhan mendera anak angkatnya yang berusia dua tahun.