Pemilik taska di Presint 15 di sini dan dua bekas pekerja yang ditahan reman sejak Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes dua bayi disyaki didera, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Supt S.Vijaya Rao berkata ketiga-tiga wanita itu akan dibebaskan kira-kira 4 petang dari Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
"Siasatan terhadap kes dera dua bayi itu yang tersebar dalam laman sosial sejak Khamis lepas hampir selesai dan hanya menunggu laporan kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Pada Jumaat lalu, polis menahan pemilik taska berumur 27 tahun serta dua bekas pekerja, masing-masing berumur 21 dan 19 tahun berhubung kes dera yang didakwa melibatkan seorang bayi lelaki berumur 13 bulan dan bayi perempuan berumur empat bulan.
Taska itu diarah ditutup bermula hari ini sehingga ia berdaftar dengan JKM.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata pemilik taska itu menghantar gambar bayi lelaki dengan kesan lebam pada mukanya melalui aplikasi WhatsApp kepada ibu bayi itu, seorang pegawai kerajaan, pada 4.10 petang 25 Mei lepas.
Katanya, pada 8.42 malam (hari yang sama), ibu bayi itu menerima satu lagi WhatsApp daripada pekerja taska yang memaklumkan anaknya didera pemilik taska.
Pada Selasa lepas, laporan polis dibuat oleh pemilik taska itu setelah dia menerima WhatsApp bergambar berhubung kanak-kanak didera di taska berkenaan.
"Pemilik taska mengesyaki perbuatan itu dilakukan dua bekas pekerjanya berumur awal 20-an, yang melarikan diri pada Sabtu lepas, sebelum mereka menyebarkan gambar seorang bayi perempuan yang mulutnya ditutup dengan kain lampin dalam internet," katanya.
Ibu bayi lelaki itu turut membuat laporan polis berhubung kesan lebam pada muka anak lelakinya akibat didera.
Polis juga menerima laporan daripada bekas pekerja taska pada Rabu lepas, yang menafikan mereka mendera kanak-kanak di taska terbabit sebaliknya mendakwa pemilik taska yang mendera kanak-kanak itu.
Bernama
Mon Jun 06 2016
![Dera bayi: Pemilik taska, dua bekas pekerja bebas dengan jaminan polis Dera bayi: Pemilik taska, dua bekas pekerja bebas dengan jaminan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41440731243_babyfoot.jpg)
Siasatan terhadap kes dera dua bayi itu yang tersebar dalam laman sosial sejak Khamis lepas hampir selesai dan hanya menunggu laporan kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). -Gambar hiasan
![Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024 Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739357074_DOSMStatistik.jpg)
Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024
Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 6.3 peratus kepada RM2.4 trilion pada 2024 berbanding RM2.3 trilion pada tahun sebelumnya.
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye wajar wujudkan konsortium, bangunkan pelabuhan
Pengarah & Penganalisis Institut Penyelidikan Indonesia, Thailand dan Singapura (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkata Malaysia dan Turkiye wajar untuk mewujudkan sebuah konsortium untuk membangunkan pelabuhan secara bersama di Marmara dan Bosphorus di Turkiya dan Selat Melaka. Jelasnya, kedua-dua negara juga wajar meneroka peluang baharu dalam industri perkapalan antarabangsa. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan
Pensyarah Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Mohd Iqbal Abdul Wahab berkata Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan. Jelasnya, Malaysia tidak perlu ragu-ragu untuk meneroka industri berkenaan memandangkan Turkiye sudah menunjukkan kesediaan untuk membuka peluang dan mempunyai kepakaran yang diiktiraf dunia. #AgendaAWANI
![Pasaran getah KL ditutup tinggi Pasaran getah KL ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677052357_TBgetah.jpg)
Pasaran getah KL ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap kekurangan bekalan getah asli ketika musim sejuk semakin menghampiri.
Agenda AWANI: Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Apa peluang dan potensi kerjasama saling untung yang boleh dibawa oleh Turkiye untuk manfaat ASEAN khususnya perdagangan, teknologi dan kestabilan rantau ini? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Gencatan Senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Jelasnya, memandangkan dunia Arab yang masyhur berpecah, penyatuan dalam satu suara dalam mempertahankan hak Palestin kini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan. #AgendaAWANI
![Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695257373_AnwarErdoan.jpg)
Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.
![Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/41512866087_LIGAARAB.jpg)
Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Kes dera: Pemilik dan pengasuh taska akan didakwa Kes dera: Pemilik dan pengasuh taska akan didakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/71484991835_derataskaikatk.jpg)
Kes dera: Pemilik dan pengasuh taska akan didakwa
Pemilik taska yang ditahan berhubung kes tiga kanak- kanak diikat dan dipercayai didera akan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang dalam masa terdekat.
![Kes kanak-kanak diikat: Taska beroperasi tanpa lesen Kes kanak-kanak diikat: Taska beroperasi tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/71484991835_derataskaikatk.jpg)
Kes kanak-kanak diikat: Taska beroperasi tanpa lesen
Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Bangi yang disyaki terbabit dalam kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera didapati beroperasi tanpa lesen.
![Gambar bayi diikat: Empat wanita disambung reman dua hari lagi Gambar bayi diikat: Empat wanita disambung reman dua hari lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/71484991835_derataskaikatk.jpg)
Gambar bayi diikat: Empat wanita disambung reman dua hari lagi
Perintah reman terhadap empat wanita yang ditahan berhubung kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera di sebuah taska di Bangi dekat sini, disambung dua hari lagi sehingga Selasa ini.
![Dera bayi: Pemilik taska, dua bekas pekerja bebas dengan jaminan polis Dera bayi: Pemilik taska, dua bekas pekerja bebas dengan jaminan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41440731243_babyfoot.jpg)
Dera bayi: Pemilik taska, dua bekas pekerja bebas dengan jaminan polis
Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Supt S.Vijaya Rao berkata ketiga-tiga wanita itu akan dibebaskan kira-kira 4 petang dari Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.