Suami kepada pengasuh bayi Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara, yang mati secara tragis dipercayai didera secara fizikal dan seksual dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dengan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kajang di sini, pada Rabu kerana memasukkan jari ke dalam kemaluan dan dubur bayi itu.
Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap Hazmi Majid, 36, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap bayi malang berusia 11 bulan itu, awal bulan ini.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh yang bekerja sebagai tukang gunting rambut itu didakwa memasukkan jari ke dalam kemaluan dan dubur bayi perempuan itu di sebuah rumah di Apartment Sri Cempaka, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, dekat sini, antara 10.30 pagi dan 1.30 petang, 7 Nov lalu.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebat.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 20 tahun dan enam kali sebatan bagi pertuduhan pertama dan penjara 20 tahun dan enam kali sebatan bagi pertuduhan kedua dan memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 13 Nov lalu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria memohon hukuman berat ke atas tertuduh dengan mengambil kira kepentingan awam kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius melibatkan mangsa berumur 11 bulan yang tidak berdaya untuk mempertahankan diri sendiri.
"Tertuduh merupakan suami kepada pengasuh mangsa yang sepatutnya turut menjaga mangsa bukannya mengambil kesempatan ke atas mangsa. Kesalahan terhadap bayi dan kanak-kanak juga semakin menular dalam kalangan masyarakat hari ini," katanya.
Bagaimanapun, Hazmi yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan hanya dia sahaja yang bekerja dan perlu menanggung isteri dan tiga orang anak.
Pada 23 Nov lalu, Hazmi didakwa di Mahkamah Majistret Kajang atas pertuduhan membunuh bayi perempuan tersebut di tempat sama.
Sebelum ini, media melaporkan perbuatan tidak berperikemanusiaan dilakukan ke atas Nur Muazara Ulfa yang meninggal dunia selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, Selangor, dipercayai akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami kepada pengasuhnya.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut ke atas mangsa mendapati terdapat kesan koyakan pada selaput dara dan duburnya manakala hasil bedah siasat Jabatan Patologi Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa disebabkan 'impak dipercayai objek tumpul terhadap kepala' dengan tempurung kepala mangsa pecah selain kesan lebam pada bahagian atas kiri dan kanan kepala mangsa. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 29 2018
![Dera bayi Zara: Suami pengasuh dipenjara 20 tahun, 12 sebatan Dera bayi Zara: Suami pengasuh dipenjara 20 tahun, 12 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/41543425510_SuamiPengasuh.jpg)
Hazmi ketika di Mahkamah Majistret Kajang pada 19 Nov lalu. - BERNAMA
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Guru taska disyaki dera bayi 11 bulan dituduh esok Guru taska disyaki dera bayi 11 bulan dituduh esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Guru taska disyaki dera bayi 11 bulan dituduh esok
Seorang guru taska yang direman sejak Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes mengasari dan mendera seorang bayi lelaki berusia 11 bulan, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor, esok.
![Polis tahan guru taska disyaki dera bayi 11 bulan Polis tahan guru taska disyaki dera bayi 11 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718707936_HandcuffGari.jpg)
Polis tahan guru taska disyaki dera bayi 11 bulan
Wanita berusia 24 tahun yang bekerja sebagai guru taska itu ditahan di pekarangan IPD Sungai Buloh pada 6.50 petang.
!['Al-Fateh tunggu 'mommy' di syurga ya' 'Al-Fateh tunggu 'mommy' di syurga ya'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725860437_AlFateh.jpg)
'Al-Fateh tunggu 'mommy' di syurga ya'
Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri yang berusia lapan bulan meninggal dunia ketika berada dalam jagaan pengasuh di sebuah Taska di Alor Gajah.
![Polis tahan pengasuh disyaki dera, abai bayi sehingga patah paha Polis tahan pengasuh disyaki dera, abai bayi sehingga patah paha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716275504_Handcuffedwomen.jpg)
Polis tahan pengasuh disyaki dera, abai bayi sehingga patah paha
Polis menahan seorang pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian bayi di kediamannya di Bandar Dato' Onn, Isnin lepas.
![Cuai jaga bayi: Pengasuh taska didenda RM40,000, khidmat masyarakat Cuai jaga bayi: Pengasuh taska didenda RM40,000, khidmat masyarakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692075560_TBPengasuh.jpg)
Cuai jaga bayi: Pengasuh taska didenda RM40,000, khidmat masyarakat
Seorang pengasuh taska didenda RM40,000 dengan bon berkelakuan baik dua tahun dan diperintah menjalani khidmat masyarakat 100 jam selepas mengaku bersalah cuai terhadap dua orang bayi.
![Kasari bayi: JKM tutup operasi taska tidak berlesen serta-merta Kasari bayi: JKM tutup operasi taska tidak berlesen serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684278074_KhairinNisaIsmail.jpg)
Kasari bayi: JKM tutup operasi taska tidak berlesen serta-merta
Selain taska di Mutiara Rini, Skudai, cawangan taska itu di Jalan Abd Samad dan Gelang Patah juga ditutup.
![Pengasuh tular dera bayi direman Pengasuh tular dera bayi direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684209884_Pengasuhtulardera.jpg)
Pengasuh tular dera bayi direman
Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan reman selama empat hari kepada seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes dera dan mengasari dua bayi di sebuah taska.
![Polis kesan individu bantu siasatan kes dera bayi di taska Polis kesan individu bantu siasatan kes dera bayi di taska](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673334420_DeraBayi.jpg)
Polis kesan individu bantu siasatan kes dera bayi di taska
Polis sedang mengesan individu bagi membantu siasatan berhubung kes mendera bayi di sebuah taska di Mutiara Rini.
![Ibu kandung ditahan disyaki dera bayi 10 bulan Ibu kandung ditahan disyaki dera bayi 10 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677755723_KetuaPolisDaerahP.jpg)
Ibu kandung ditahan disyaki dera bayi 10 bulan
Polis menahan seorang suri rumah kerana dipercayai mendera anak kandungnya yang berusia 10 bulan sehingga mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan, di sini Khamis lalu.
![Wanita, teman lelaki direman bantu siasatan kes bayi lapan bulan mati dipercayai didera Wanita, teman lelaki direman bantu siasatan kes bayi lapan bulan mati dipercayai didera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657646322_MiorFaridalathrash.jpg)
Wanita, teman lelaki direman bantu siasatan kes bayi lapan bulan mati dipercayai didera
Perintah reman bermula semalam sehingga Isnin depan terhadap wanita bersama teman lelakinya, kedua-duanya berumur 30 tahun bagi membantu siasatan.