LUMUT: Tabiat suka makan mi segera setiap hari menyebabkan seorang lelaki menderita penyakit buah pinggang dan perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.
Mohd Faisal Mustafa, 36, berkata, corak pemakanan tidak seimbang itu menyebabkan dia disahkan menghidap darah tinggi sekali gus menderita penyakit itu sejak tujuh tahun lalu.
"Pusat dialisis menjadi rumah kedua saya untuk mendapatkan rawatan. Keadaan saya yang tidak bekerja menyebabkan saya mengalami kesukaran pada awalnya.
"Saya bersyukur Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) membantu membiayai bil rawatan cucian darah saya ini," katanya.
Dia ditemui pada majlis perasmian Pusat Hemodialisis Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) yang disempurnakan oleh Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Annuar Zaini di Kampung Dato Seri Kamarudin di Manjung di sini pada Khamis.
Mohd Faisal berkata, Pusat Hemodialisis WPAR yang beroperasi Disember tahun lalu memudahkan dia bersama kakaknya, Umi Kalsum, 53, mendapatkan rawatan dialisis lebih selesa.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari berkata, lebih RM16 juta daripada dana zakat diperuntukkan setiap tahun bagi menampung perbelanjaan rawatan dialisis kepada 600 penerima bantuan.
"Sebanyak 12 mesin dialisis disediakan yang mampu menampung sehingga 36 pesakit sehari. Jumlah kos keseluruhan projek pembinaan pusat ini mencecah RM3.3 juta.
"Pembiayaan merangkumi kos rawatan cucian darah sebanyak 14 kali dan suntikan lapan kali dengan keseluruhan kos sebanyak RM2,860 sebulan bagi setiap pesakit," katanya.
Menurut beliau, penubuhan Pusat Hemodialisis WPAR dapat menampung keperluan dan permintaan sejajar dengan pertambahan bilangan pesakit terutama yang dibiayai MAIPk menerusi sumber zakat.
"Berdasarkan data, seramai 570 orang menerima bantuan membabitkan kos rawatan sebanyak RM16.4 juta pada tahun 2020 manakala 610 orang dicatatkan membabitkan kos RM16.9 juta pada tahun 2019.
"Waqaf Perak Ar-Ridzuan akan menjadi saluran bagi individu atau mana-mana organisasi untuk berwakaf. Ibadah wakaf ini sangat dituntut untuk saling membantu mengangkat martabat ummah," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 19 2022
Shahrul Azam menyampaikan cenderahati kepada pesakit yang menjalani rawatan dialisis di Pusat Hemodialisis Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) di Manjung. - Foto Sinar Harian
Negara Arab tolak rancangan Trump pindahkan penduduk Gaza
Mesyuarat menteri enam negara Arab di Kaherah menolak sebarang rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan Tebing Barat.
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Derita sakit buah pinggang selepas makan mi segera setiap hari
Mohd Faisal bersyukur Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) membantu membiayai bil rawatan cucian darahnya.