Menderma pakaian lama bukan sahaja menyumbang kepada kelestarian alam sekitar, tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan bagi tujuan amal dan membantu golongan memerlukan.
Pengurus syarikat kitar semula tekstil ‘Life Line Clothing Malaysia’ Mohamad Zaki Suratman berkata, pihaknya bekerjasama dengan pelbagai institusi seperti masjid dan sekolah bagi menjayakan matlamat itu.
“Sebagai contoh, menerusi projek pengumpulan pakaian lama yang dijalankan di sebuah masjid baru-baru ini, kami berjaya mengumpul 40 tan pakaian yang menghasilkan dana sehingga RM4,000 untuk tabung masjid berkenaan,” katanya kepada Bernama.
Mohamad Zaki berkata pakaian yang dikumpul menerusi siri jelajah di pelbagai lokasi seluruh negara pada setiap minggu itu, akan diasingkan di kilang terletak di Pelabuhan Klang mengikut keadaan pakaian berkenaan.
“Pakaian yang masih elok untuk dipakai akan didermakan kepada negara membangun, manakala yang sudah tidak dalam keadaan baik akan dibawa untuk proses kitar semula atau guna semula,” katanya.
Pada masa sama, pihaknya juga sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan pelbagai pihak, untuk menjadi pusat pengumpulan pakaian dan maklumat berkenaan lokasi program boleh diperoleh menerusi akaun Telegram.
“Harapan saya kepada orang ramai, fikirlah dahulu dalam membuang sebarang sampah yang akan berakhir di tapak pelupusan sampah, kerana ia mengambil masa lama untuk dilupuskan selain menyebabkan pencemaran alam sekitar.
“Sebaiknya, kita perlu mulakan dengan belajar untuk mengamalkan amalan kurang membeli barang. Bukan tak boleh beli baju, tapi biarlah ikut keperluan atau beli yang lebih berkualiti dan menjaga tekstil supaya boleh pakai lebih lama,” katanya.
Sementara itu, syarikat penjualan pakaian multinasional ‘H&M Group’ telah mengumpulkan hampir 1,300 tan pakaian di Malaysia sejak 2013 di kesemua kedai H&M dan Monki menerusi inisiatif kutipan pakaiannya, yang bertujuan mengurangkan jumlah pakaian tidak digunakan, dibuang ke tapak pelupusan sampah.
Pengurus Kelestarian Asia Tenggara H&M Marian Dang berkata, bagi setiap kilogram pakaian yang dikutip, sebanyak EUR 0.02 (kira-kira 10 sen) didermakan kepada Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu untuk kemanusiaan kanak-kanak dan bantuan pembangunan.
“Inisiatif kutipan pakaian H&M merupakan salah satu daripada inisiatif kelestarian, di mana pelanggan boleh menyertainya ke arah masa depan fesyen yang lestari.
“Dengan rakan kongsi I:CO, kesemua pakaian dikumpulkan sama ada digunakan semula, dipakai semula atau dikitar semula, dengan tiada yang akan sampai ke tapak pelupusan sampah,” katanya.
Dang berkata, bagi menggalakkan pelanggan mereka untuk menyertai program tersebut, pelanggan akan menerima baucar potongan 15 peratus untuk setiap beg pakaian yang tidak dikehendaki, tanpa mengira jenama dan keadaan.
Beliau menambah, mereka juga mengenakan 20 sen bagi setiap beg plastik atau beg kertas yang akan didermakan kepada projek WWF-Malaysia untuk menjaga sumber air bersih dan ekosistem di Lembah Kelang, Setiu Wetlands di Terengganu dan juga di Sarawak.
“Sejak pelancaran inisiatif ‘Choose To Reuse’ di Malaysia Julai tahun lepas, rangkaian kedai H&M telah berjaya mengurangkan penggunaan lebih 1.5 juta beg plastik dan beg kertas,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 16 2020

Mohamad Zaki bergambar bersama pakaian terpakai kilang bundle di Jalan Sultan Mohamad 6, Bandar Sultan Suleiman, Klang Utara, Pelabuhan Klang, Selangor. --fotoBERNAMA/Fail

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.
AWANI Ringkas: JDT gagal ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prestasi S&P 500: Sehingga 12 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.

Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.

Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.

Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.

Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.

Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.

Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.

Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.

Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.