LABUAN: Malaysia perlu mengambil pendekatan rasional terhadap desakan beberapa badan bukan kerajaan agar negara menarik diri daripada menyertai latihan ketenteraan maritim antarabangsa yang dipimpin oleh Amerika Syarikat kerana ia turut menyaksikan penglibatan tentera Israel.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu perlu dipertimbang dengan teliti selain melihat potensi implikasinya.
"Pendirian kita adalah tegas; tiada negara lain yang selantang Malaysia mengenai isu Israel ...kita menunjukkan bantahan setiap hari.
"Justeru itu, kita harus bertindak dengan berhati-hati dan bukan didorong oleh perasaan marah... malah semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional dahulu, sebuah kapal Israel telah berlabuh di pelabuhan kita.
"Apabila kami mengambil alih kerajaan, kami adalah pihak yang menghalang kapal Israel memasuki pelabuhan negara meskipun berdepan kritikan," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan di Terminal Feri Roll-on Roll-off Labuan di sini hari ini.
Anwar juga berkata tindakan kerajaan tidak seharusnya menjejaskan kepentingan rakyat dan perdagangan.
"Jika kami mengikut setiap pendekatan yang dicadangkan, kami terpaksa menghentikan operasi syarikat seperti Microsoft, Google, Apple dan Facebook.
"Malaysia akan terus bersuara lantang bagi menentang kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin," katanya.
Semalam, 15 kumpulan yang diketuai oleh pergerakan global anti-Israel di Malaysia iaitu Boycott, Divestment, Sanctions (BDS Malaysia) telah mengeluarkan kenyataan bersama mendesak Malaysia agar menarik diri serta-merta daripada Eksesais Rim of the Pacific Exercise (Rimpac) yang dijadual berlangsung dari 26 Jun hingga 2 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 31 2024

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu perlu dipertimbang dengan teliti selain melihat potensi implikasinya. - Bernama
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.

Penglibatan TLDM dalam Rimpac 2018 di Hawaii bukan pembaziran
Penyertaan kali pertama kapal KD Lekiu itu mampu menguji ketahanan dan kesiapsiagaan aset pasukannya pada eksesais maritim terbesar anjuran Tentera Laut Amerika Syarikat di Hawaii sejak 1971.