KUALA LUMPUR: Mendiang Tan Sri Devaki Krishnan dilihat sebagai tokoh yang memberi inspirasi dan menjadi simbol kepada peranan penting dimainkan wanita India dalam masyarakat Malaysia, menurut Persatuan Warisan Malaysia-India.
Presiden yang juga pengasas persatuan itu, Prabhakaran Nair ketika menyampaikan ucapan takziah bagi pihak persatuan, menekankan perjalanan luar biasa mendiang Devaki yang menentang arus dan meninggalkan jejak berkekalan dalam politik Malaysia.
Devaki, wanita pertama dalam perkhidmatan awam Malaysia, meninggal dunia Sabtu lepas pada usia 100 tahun.
"Semangat membara beliau memecahkan halangan gender dalam ruang lingkup pekerjaan tanpa perkauman sekali gus mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi mendiang dalam aspek keterangkuman," katanya dalam kenyataan melalui WhatsApp kepada Bernama.
Dilahirkan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 11 Mac 1923, mendiang Devaki yang memulakan kerjaya sebagai guru, merupakan wanita pertama dalam perkhidmatan awam pada era Tanah Melayu sebelum merdeka apabila beliau dipilih dalam Majlis Perbandaran Bangsar pada 1952.
Mendiang menyertai Parti Kemerdekaan Malaya pada 1951 atas jemputan presiden pengasas parti itu Datuk Onn Jaafar.
Selepas Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur 1952, Devaki menjadi naib presiden MIC yang ketika itu hanyalah sebuah persatuan sosial dan kebajikan.
Anak sulung daripada enam beradik itu antara individu yang terlibat menubuhan bahagian wanita MIC dan menjadi Setiausaha Wanita MIC Kebangsaan yang pertama pada 1975.
Ketika peristiwa 13 Mei 1969, Devaki sebagai anggota pertahanan awam, bertanggungjawab menguruskan klinik perubatan di Stadium Merdeka dengan memberikan bantuan kepada 3,500 mangsa rusuhan dan gelandangan.
"Pada 1999, mendiang memainkan peranan penting dalam pindaan Akta Penjagaan Kanak-Kanak yang memperjuangkan hak ibu tunggal dalam penjagaan anak," kata Prabhakaran.
Menurut beliau jasa Devaki akan terus dikenang dan mendiang kekal sebagai simbol kekuatan, kepimpinan dan pejuang keadilan sosial dalam masyarakat Malaysia yang pelbagai lapisan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024

Devaki, wanita pertama dalam perkhidmatan awam Malaysia, meninggal dunia Sabtu lepas pada usia 100 tahun. - Foto Credit the book

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.